Pada belanjawan 2021, pihak kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan khas kepada warga emas melalui skim bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Dalam belanjawan 2021 ini, Kementerian Kewangan Malaysia
bersetuju untuk memberikan bantuan sebanyak RM500 sebulan seorang melalui skim Bantuan
Warga Emas atau Bantuan Orang Tua (BOT). Bantuan ini diberikan kepada warga
emas untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
1. Mestilah warganegara dan bermastautin di Malaysia;
2. Mestilah Berumur 60 tahun dan ke atas;
3. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis
Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per
Kapita Semasa; dan
4. Warga emas yang bukan tinggal di:
i. Institusi kendalian JKM; atau
ii. Pusat jagaan
harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma;
ATAU
5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai
Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri,
yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah
senarai 3 - jadual kesembilan Senarai Perundangan.
Baca juga:
Bantuan RM200 Sebulan KISS: Klik DI SINI
Permohonan Program Perumahan Rakyat (PPR): Klik DI SINI
CARA MEMBUAT PERMOHONAN
Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan Bantuan
Warga Emas:
1. Buka laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)- Klik
DI SINI
2. Klik "Daftar Permohonan Atas Talian"
3. Kemudian klik "Daftar Permohonan"
4. Pilih negeri tempat tinggal dan masukkan no kad
pengenalan.
5. Klik "Daftar"
6. Sila Isikan maklumat pendapatan seperti yang diminta
7. Sila Isikan maklumat keperluan bulanan
8. Klik keputusan.
9. Setelah selesai, hadir ke pejabat kebajikan masyarakat
yang berhampiran mengikut daerah yang telah dipohon dalam tempoh 14 hari dari
tarikh permohonan atas talian di buat.
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan kad OKU / slip pendaftaran sementara OKU (Jika kategori OKU)
- Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (Jika bekerja sendiri)
- Salah satu Bil Utiliti (air / elektrik / telefon / astro)
- Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan)
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN
Status permohonan boleh disemak di laman rasmi eBantuanJKM
Sumber: JKM, salamkerjaya, blogrojak
So good, easy to use
ReplyDelete