BANTUAN KANAK-KANAK
TUJUAN:
1. Membantu
keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang
tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan
meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
mengikut peringkatnya.
2. Membantu
memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi
jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.
JUMLAH BKK:
Jumlah BKK
lama
- Maksimum bagi seseorang anak akan menerima RM10
- Maksimum sebanyak RM450 jika anak melebihi 4 orang
Jumlah BKK
2021
- Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM150 sebulan seorang
- Kanak-kanak berumur 6 tahun dan kebawah akan mendapat RM200 sebulan seorang
- Maksimum sebanyak RM1000 sebulan untuk satu keluarga
KELAYAKAN KHUSUS
1.
Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
2.
Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi
rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata
Miskin Per Kapita Semasa;
3.
Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas
boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas; ATAU
4.
Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua
Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).
CARA
MEMOHON BKK 2021
Borang Permohonan BKK RM1000 Sebulan
1. Layari
http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
2. Klik
pada butang "Daftar Permohonan Atas Talian"
3. Isi
kedua-dua borang A dan borang B dengan info dan maklumat anda yang terkini dan
sahih
4. Kemudian, klik pada butang "KEPUTUSAN"
Urusan Ke Pejabat JKM
1. Pergi ke
pejabat JKM terdekat untuk verifikasi permohonan anda
2. Bawa
dokumen bersama dokumen berikut:
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan kad OKU / Slip pendaftaran sementara OKU (Jika Kategori OKU)
- Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (Jika bekerja sendiri)
- Salah satu Bil Utiliti (air / elektrik / telefon / astro)
- Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan)
3. Pastikan
bawa juga bersama borang berikut:
- Borang permohonan bantuan - KLIK SINI
- Borang kemaskini sekiranya terdapat kemaskini baharu - KLIK SINI
Join Telegram Kami 👉
Sumber: jkm,
mingguan kerja