Golongan suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum di
KWSP dengan insentif khas di bawah i-Suri. i-Suri bertujuan bagi memastikan
kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada
ahli keluarga dan pembangunan negara.
Manfaat
- Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480 /setahun
- Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
- Menerima dividen tahunan KWSP
- Bantuan Kematian: RM2,500 (Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP)
Baca juga:
Bantuan Sehingga RM700 Setahun mySalam- Klik DISINI
Permohonan Bantuan RM300 Sebulan BTB- Klik DISINI
Syarat-syarat kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Belum mencapai umur 60 tahun
- Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)
- Golongan suri rumah yang berdaftar dalam eKasih
- Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
CARA PERMOHONAN/PENDAFTARAN
Kepada mereka yang berkelayakan dan ingin membuat permohon,
anda boleh mendaftar sebagai ahli KWSP/i-Suri di mana-mana kaunter KWSP.
Sila bawa bersama Kad Pengenalan dan,
dua (2) borang dibawah untuk pendaftaran:
- Borang i-Suri - KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
- Borang i-Suri - KWSP 6A (2) (Untuk pembayaran caruman)
Cara Dan Saluran Bayaran
Had Bayaran
- Tiada had
Maksimum (RM sahaja)
- RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela
Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan i-Suri KWSP, anda boleh terus rujuk di laman rasmi KWSP.
INFO TAMBAHAN
Dapatkan info-info bantuan di http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia
Sumber: KWSP