
Tahukah
anda yang Majlisd Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ada menyediakan satu
bentuk bantuan bagi mereka yang ingin memiliki atau mebeli rumah. Anda boleh
rujuk di portal rasmi MAIWP untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai
bantuan ini.
Bantuan
yang dimaksudkan adalah Bantuan Deposit Membeli Rumah Kos Rendah. Bantuan ini
diberikan adalah bertujuan untuk membantu asnaf menjalani kehidupan yang lebih
selasa dan selamat.
Di sini
kami akan kongsikan cara permohonan serta maklumat mengenai Bantuan Deposit
Membeli Rumah Kos Rendah di bawah MAIWP. Sila ikuti dan rujuk maklumat
permohonan di bawah.
Baca juga:
- i-Saraan KWSP RM250 Kepada Individu Yang Bekerja Sendiri / Suri Rumah- Klik DISINI
- Permohonan Bantuan RM300 Sebulan BTB- Klik DISINI
- Bantuan RM500 Warga Emas- Klik DISINI
SYARAT UMUM
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
- Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah (Kira kelayakan Had al-Kifayah)
CARA PERMOHONAN
Join Telegram Kami 👉
Dokumen yang diperlukan:
1) Borang
permohonan
2) Satu keping
gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
3) Satu
salinan kad pengenalan:
- Pemohon
- Suami
- Isteri
- Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan. [Contoh Surat Akuan SumpahPenjagaan]
4) Satu
salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, perlu
mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang
dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah. [Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan]
- *Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung
5) Satu
salinan bil utiliti / cukai pintu.
6) Satu
salinan dokumen perjanjian jualbeli (S&P)
7) Satu
salinan surat tawaran pembiayaan perjanjian dari institusi kewangan/dokumen
jaminan kewangan (contoh : KWSP)
Lain-Lain
Dokumen Sekiranya Berkaitan Dengan Permohonan:
Ke mana
perlu dihantar permohonan?
Borang
permohonan yang telah siap diisi dan disertakan dengan dokumen yang diperlukan,
boleh dihantar dengan hadir sendiri ke kaunter –kaunter Baitulmal MAIWP
(SENARAI KAUNTER)
Sumber: MAIWP