Kita sudah sedia maklum dan telah pun menerima Bantuan
Prihatin Rakyat (BPR) Fasa pertama yang telah dikreditkan bermula 24 febuari
lalu. Kini ramai yang tertanya-tanya tentang tarikh pembayaran BPR fasa kedua.
APAKAH ITU BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR)?
Bantuan Prihatin Rakyat merupakan bantuan yang disediakan
oleh Kerajaan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban mereka akibat
kesan pandemik COVID-19.
BILAKAH TARIKH PEMBAYARAN BPR FASA KE 2?
Mengikut kenyataan sumber portal BPR sendiri, bayaran fasa kedua bermula pada tarikh 7 Mei 2021
Jumlah Baki Bayaran BPR Fasa 2
Baki bayaran BPR untuk Fasa Kedua adalah berbeza mengikut
kategori termasuklah kategori Bujang, Isi Rumah, dan juga bergantung kepada
bilangan anak setiap keluarga.
Gambar di bawah menunjukkan jumlah bayaran yang diterima
oleh penerima mengikut kategori.
Namun, Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa terdapat
penambahbaikan kadar kepada penerima.
Jika dahulu penerima daripada kategori isi rumah menerima
RM300 dan penerima bujang menerima RM150, kini pembayaran kepada penerima
adalah antara RM150 hingga RM600.
Semakan Status Permohonan
Proses permohonan baru/kemaskini BPR telah ditutup 15 Februari lepas.
Bagi anda yang layak fasa pertama, anda secara automatik layak
menerima BPR fasa 2.
Cara Semakan Status Permohonan BPR Fasa 2:
- Layari Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
- Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah anda daftarkan
- Klik butang ‘Semak Status’
- Status bayaran / permohonan dipaparkan.
Sebarang pertanyaan & info Lanjut boleh terus ke:
Portal Rasmi BPR LHDNM: https://bpr.hasil.gov.my;
Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.