Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) merupakan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban mereka akibat kesan pandemik COVID-19.
Ramai diantara kita yang lulus permohonan dan
telah menerima bayaran memalui akaun bank masing-masing. Walaubagaimanapun, terdapat
juga ramai individu yang berstatus tidak lulus/gagal permohonan BPR ini.
Kepada mereka yang berstatus tidak lulus/gagal
permohonan walaupun mengikut kelayakan anda sepatutnya layak, anda boleh
membuat permohonan rayuan. Sila rujuk tarikh permohonan rayuan di bawah.
Terdapat dua (2) kategori permohonan BPR 2021
iaitu seperti berikut :
Isi Rumah
- Merupakan pasangan yang telah berkahwin; atau
- Terdiri dari ibu / bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak; atau
- Belum berkahwin tetapi merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berumur 60 tahun dan ke atas
Bujang
- Merupakan individu bujang atau ibu / bapa tunggal / balu / janda / duda yang tiada anak
- Berumur 21 tahun hingga 59 tahun
- Bagi individu kategori OKU mestilah berumur 18 tahun hingga 59 tahun
Kategori Isi Rumah BPR
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia, tinggal dan menetap di Malaysia
- Merupakan ketua keluarga yang tinggal dalam satu rumah serta berpendapatan kasar bulanan sebanyak RM 5,000 dan ke bawah (seisi rumah)
- Memiliki pasangan warganegara Malaysia atau mempunyai pengenalan diri di Malaysia seperti MyPR / MyKAS
- Sekiranya pasangan bukan warganegara Malaysia, pasangan mestilah memiliki pengenalan diri yang sah
- Memiliki anak termasuk anak tidak sah taraf dan / atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
- Anak mestilah warganegara Malaysia dan mempunyai pengenalan diri Malaysia sama ada MyKad atau MyKid)
- Mestilah berumur 17 tahun dan ke bawah atau 18 tahun dan ke atas sekiranya masih dalam pengajian di Institusi Pengajian Awam / Swasta
Kategori Bujang BPR
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia, tinggal dan menetap di Malaysia
- Berpendapatan kasar sebanyak RM 2,500 dan ke bawah (sebulan)
- Berumur antara 21 tahun hingga 59 tahun atau 18 tahun hingga 59 tahun bagi individu OKU
TARIKH RAYUAN BPR
Bagi memastikan BPR dapat disalurkan kepada
mereka yang benar-benar layak, permohonan rayuan akan dibuka mulai 15 hingga 30
Jun 2021.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat terkini, membuat
pertanyaan atau aduan berkaitan BPR Fasa 2, sila lakukannya hubungi saluran
berikut:
Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
atau
Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi:
9.00 pagi – 5.00 petang);atau
MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00
pagi – 5.00 petang);atau
Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM /
UTC LHDNM.
Soalan Lazim :FAQ Bayaran BPR Fasa Pertama /FAQ Bayaran BPR Fasa Kedua
Sila kongsikan dan sebarkan maklumat ini agar lebih ramai yang tahu dan tidak terlepas untuk membuat permohonan rayuan.
Sumber: LHDN, harianpost
𝘯𝘢𝘬 𝘵𝘢𝘶 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘣 𝘢𝘱𝘢..𝘣𝘱𝘳 𝘵𝘢𝘬 𝘭𝘶𝘭𝘶𝘴..𝘵𝘪𝘢𝘥𝘢 𝘱𝘦𝘯𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵𝘢𝘯...𝘪𝘴𝘵𝘦𝘳𝘪 𝘴𝘢𝘬𝘪𝘵...𝘭𝘩𝘥𝘯 𝘵𝘢𝘬𝘬𝘢𝘯 𝘵𝘢𝘬 𝘤𝘦𝘬
ReplyDeleteSaya belum kawin lgi. Ni duit bujang
DeleteSy pun Tak lulus ...pelik...ni pun mintak mcm 2
Delete