Seperti yang kita sedia maklum bahawa bayaran
BPR untuk Fasa 1 dan 2 telah pun dimulakan seperti yang nyatakan dalam jadual
di bawah. Pembayaran adalah secara peringkat mengikut kategori, oleh itu setiap
individu mungkin akan menerima bayaran pada tarikh yang berbeza dengan individu
lain. Walaubagaimanapun, sila buat semakan status permohonan terlebih dahulu
untuk memastikan sama ada anda lulus atau tidak.
Seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan
dalam kenyataan media terdahulu, pembayaran BPR Fasa Kedua akan dikreditkan ke
dalam akaun bank secara berperingkat mulai 7 Mei hingga 12 Mei.
Sementara itu, bagi penerima BPR yang tiada
akaun bank pula, pembayaran tunai akan dibuat mulai 17 Mei melalui BSN.
Bagi yang TIDAK LULUS permohonan, anda boleh
membuat rayuan yang akan dibuka 15-30 Jun 2021 tidak lama lagi.
Kini ramai yang tertanya-tanya tentang jumlah
baki bayaran yang akan diterima untuk BPR fasa 3 serta bayarannya. Disini akan
kami kongsikan setakat apa maklumat yang diberikan di laman rasmi Lembaga Hasil
Dalam Negeri (LHDN).
Jumlah Baki Bayaran BPR Fasa 3
Jumlah bayaran yang akan diterima adalah
seperti berikut:
Kategori Isi Rumah berpendapatan RM5000 ke
bawah adalah bergantung kepada bilangan anak.
Sila rujuk jadual berikut untuk perincian
pembayaran:
Sumber: FAQ BPR Fasa 2
Jumlah yang akan diterima bagi pemohon yang
Lulus BPR Fasa 2 (Bukan penerima Fasa Pertama)
Jumlah bayaran BPR Fasa 3 bagi yang telah
mengemaskini status bujang kepada berkahwin semasa BPR Fasa 2.
Tarikh Pembayaran
Tarikh pembayaran BPR Fasa Ketiga ini dijangka
akan dibuat pada bulan September / Oktober 2021.
Setekat ini masih belum ada tarikh rasmi yang
diumumkan.
Makluman terkini akan dimaklumkan oleh LHDN
atau Kementerian Kewangan Malaysia dari semasa ke semasa.
Cara Semakan Status Bayaran BPR Fasa 3
Untuk membuat semakan status bayaran melalui
Portal BPR (Bantuan Prihatin Rakyat), sila rujuk langkah berikut:
- Layari Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
- Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
- Tekan butang ‘Semak Status’
- Status bayaran / permohonan akan dipaparkan.
- Jika tertulis ‘Permohonan Diterima’, sila klik pada ‘Maklumat Bayaran’ seperti dalam gambar di bawah.
- ‘Dalam Proses Pengkreditan’ = bermakna duit akan masuk tak lama lagi.
- ‘Gagal Kredit’ = bermakna akan diberi nombor baucer untuk dituntut di BSN secara tunai
Untuk makluman, jumlah penuh bantuan mengikut
kadar pendapatan isi rumah adalah seperti berikut:
Sila kongsi dan sebarkan maklumat ini agar lebih ramai yang tahu tentang maklumat Bantuan Prihatin Rakyat BPR ini.
Sumber: LHDN, harianpost
Aku syorkan awal bulan 8 dasar awalkn ingat keadaan dh rumit klu ikut bln9 ni fasa3 pakat mampos dgn hutang LG MKN minum air api
ReplyDeleteBayar sekali duit tambahan ke BPR tu
ReplyDeletesaya mengesyorkan awal bln 8,keadaan sekarang sangat susah nk bgi anak bni makan dngn kerja yg mngikut jadual
ReplyDeleteTumpg tnye bantuan bkc mule byar bilr,,
ReplyDelete