Selain Semak Jumlah Kereta Dan Selipar Di Rumah, Polis Sedia Periksa Kadar Bayaran Tol Pemandu


Jika sebelum ini Polis Kedah memaklumkan akan menyemak rumah dengan jumlah selipar dan kereta yang banyak sewaktu sambutan Aidilfitri sebagai langkah untuk mengelakkan penularan COVID-19, kini Polis Perak tampil dengan sebuah lagi inisiatif terbaru.

 

Dimaklumkan oleh Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, pihak mereka sedia menempatkan penguat kuasa di setiap kaunter tiket plaza tol bagi memeriksa baki tambah nilai untuk memastikan tidak terdapat individu yang merentas negeri sewaktu perayaan Aidilfitri.

 

Difahamkan strategi untuk menyemak kadar bayaran tol ini dibuat bagi mengetahui perjalanan seseorang individu sekaligus mengelakkan kepada masalah melibatkan lalu lintas.

 

Individu yang melalui Jalan Duta dan tidak mempunyai surat merentas negeri juga bakal dikenakan tindakan kompaun serta diminta untuk berpatah balik.


Sumber: vocket

No comments:

Theme images by Flashworks. Powered by Blogger.