Seperti yang kita sedia maklum bahawa Bantuan Prihatin
Rakyat atau BPR untuk fasa yang ke 2 telah pun diberikan atau dikreditkan
kepada penerima-penerima bermula pada 7 Mei yang lalu. Namun terdapat segelintir
individu yang tidak lulus & gagal kredit dan ini adalah di sebabkan
beberapa faktor.
Faktor Tidak Lulus/Gagal BPR Fasa 2?
Menurut LHDN Malaysia, syarat kelayakan untuk bantuan ini
adalah berdasarkan semakan verifikasi kelayakan yang dilaksanakan setelah
tarikh akhir pendaftaran BPR 2021. Berikut adalah antara sebab kenapa anda
tidak gagal :
05 – Maklumat pengenalan pasangan perlu pengesahan
12 – Pemohon ada berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah
Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
36 – Pemohon /pasangan merupakan penerima GKP
31 – Status perkahwinan perlu pengesahan
39 – Semakan pendapatan yang dilaporkan melebihi pendapatan
kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan
Tarikh Rayuan BPR
Untuk membuat rayuan bagi BPR fasa ke 2 ini, pemohon perlu
lah mengemukakan borang rayuan berserta dengan dokumen yang berkaitan untuk disemak
semula oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia.
Proses rayuan diumumkan oleh pihak Kementerian Kewangan
Malaysia. Sila cakna dengan tarikh tersebut dan jangan terlepas dengan tarikh
yang ditetapkan.
Sumber: LHDN, kerja.co
Kenape saya dapat Kod 05 saya ni bujang lgi. BPR saya x dapat yang lah Bpn
ReplyDelete