Permohonan
bagi Program IPC MARii telah dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia.
Apa Itu Program Industry-Led Professional Certificate (IPC)
IPC adalah
salah satu program pembangunan model insan Malaysia Automotive Robotics &
IoT Institute (MARii) yang dirangka bersama pihak industri. IPC menghasilkan
pengendali dan juruteknik yang mahir melalui modul khusus dan latihan di tempat
kerja.
Program IPC
memenuhi keperluan industri bagi tenaga mahir dalam sektor pembuatan dan lepas
jualan yang makin mencabar dan kian berubah dengan teknologi.
Program ini
memberi tumpuan kepada latihan tenaga kerja dengan pelbagai kemahiran.
Dalam
tempoh enam bulan program IPC, pelatih didedahkan kepada pengetahuan am
industri, kemahiran dan budaya kerja industri. Graduan IPC akan dijaminkan
pekerjaan sama ada dalam kilang pengeluaran dan sebagainya.
Kelebihan Program
- Peluang Pekerjaan Tetap
- Latihan Diberikan
- Tiada Yuran
- Elaun RM200 (Bulan Pertama), RM 1000 (Bulan seterusnya)
- Penginapan Makan & Minum disediakan
- Perlindungan Insurans Semasa Latihan
- Pekerjaan dijamin selepas tamat program
- Sijil IPC diiktirafkan oleh kerajaan & industri
Struktur Program Industry-Led Professional Certificate (IPC)
Syarat Kemasukan
- Warganegara Lelaki & Perempuan
- Berumur 18 - 30 Tahun
- Memiliki sijil Berhenti Sekolah / SPM / SKM / Diploma dan institusi latihan tempatan atau setaraf
- Calon mempunyai sijil UPSR / PMR / PT3 akan dipertimbangkan
Cara Membuat Permohonan
Anda boleh
membuat permohonan di laman rasmi Mariikerja: PERMOHONAN
Sila
kongsikan dan sebarkan maklumat ini agar lebih ramai yang tahu dan dan tidak
terlepas permohonan ini terutamanya kepada mereka yang berminat dan ini membina
kerjaya dalam program ini.
Sekian, Terima
Kasih.
Sumber:
mariikerja