Permohonan Bantuan i-Suri KWSP 2021 Bagi Suri Rumah RM480
Setahun|ANDA ingin daftar i-Suri KWSP? Berita baik buat anda golongan suri
rumah yang berkelayakan membuat permohonan bantuan i-Suri KWSP tahun 2021.
Berikut dikongsikan Cara Permohonan i-Suri KWSP 2021 Bagi Suri Rumah RM480
Setahun buat panduan anda.
Sedia maklum, i-Suri KWSP merupakan singkatan kepada
Insentif Suri yang adalah Caruman Sukarela untuk suri rumah yang berdaftar
dibawah sistem e-Kasih. Kerajaan telah memperuntukkan RM 20 juta bagi
menjayakan fasa pertama skim yang dikenali Program Sukarela Insentif Suri (SURI).
Permohonan Bantuan i-Suri KWSP 2021 Bagi Suri Rumah RM480
Setahun
Berikut dikongsikan maklumat meliputi Cara Permohonan
Bantuan i-Suri KWSP termasuk syarat kelayakan dan manfaat:
Cara Permohonan i-Suri KWSP Tahun 2021
1. Bagi golongan suri rumah yang memenuhi syarat kelayakan
dan ingin mendaftar insentif i-Suri KWSP, anda perlu hadir ke mana-mana
cawangan KWSP dengan membawa Mykad serta dua borang seperti berikut:
◼️ Borang i-Suri dan klik👉
– KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
◼️ Borang i-Suri dan klik👉
– KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)
Syarat Kelayakan i-Suri KWSP 2021
Antara Syarat Kelayakan Permohonan i-Suri KWSP adalah
seperti berikut:
1. Mestilah warganegara Malaysia
2. Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data
Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 Nov 2018
3. Belum mencapai umur 60 tahun
4. Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun
ke dalam akaun KWSP
5. Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)
Manfaat Insentif i-Suri KWSP
Antara Manfaat i-Suri KWSP adalah seperti berikut:
1. Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM 200* pada tahun
2018, dan RM480 pada setiap tahun yang berikutnya.
2. Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa
mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut
syarat-syarat yang telah ditetapkan.
3. Menerima dividen tahunan KWSP.
4. Bantuan Kematian: RM2,500.
Info Penting:
** tertakluk kepada terma dan syarat KWSP
*Sumbangan kerajaan ke dalam akaun KWSP sehingga RM200
kepada mereka yang layak bagi caruman untuk tempoh Ogos – Disember 2018. Bagi
tahun berikutnya, jumlah sumbangan adalah sehingga RM480 setahun (tertakluk
kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan).
Cara Dan Saluran Bayaran i-Suri KWSP
A. Perbankan Internet
- Pemindahan wang secara elektronik:
Maybank
Public Bank
RHB Bank
B. Kaunter Ejen Bank
- Tunai/cek
BSN
Public Bank
C. Kaunter KWSP
Tunai (maksimum RM500) /cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan i-Suri
KWSP, sila menghubungi di Pusat Pengurusan Perhubungan 03 - 8922 6000 atau
layari di Portal KWSP www.kwsp.gov.my.
Sumber : KWSP & rujukanspm