KUALA LUMPUR: Kesan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 tidak memberi kesan buruk seperti PKP 1.0 kerana
banyak sektor penting ekonomi tetap beroperasi walaupun tidak berada pada
kapasiti penuh dengan ejen ekonomi sudah menyesuaikan diri dengan persekitaran
pandemik COVID-19.
Selain itu, dasar fiskal dan
monetari yang agak longgar dibandingkan tahun 2020, dasar kegiatan ekonomi
lebih meluas berlaku, kata RHB Research dalam nota penyelidikannya hari ini.
"Keadaan pasaran buruh
berada pada fasa pemulihan dan kami menjangkakan kadar pengangguran akan
menurun pada separuh kedua 2021 hingga 4.0 peratus daripada suku pertama pada
sekitar 4.8 peratus.
Sila baca artikel penuh di Kesan PKP 3.0 Tidak Seburuk PKP 1.0 - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 - InfoMalaysiaKini