Seperti yang kita sedia maklum, kerajaan
telah memperuntukkan RM300 juta untuk dapat dimanfaatkan oleh sekitar dua (2)
juta rakyat Malaysia melalui Program eBelia. Program eBelia merupakan salah
satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2021 dan bertujuan
meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai
di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi
tempatan berdaftar.
Golongan belia yang layak boleh mendapatkan kredit percuma berjumlah
RM150 melalui 4 penyedia perkhidmatan eWallet termasuklah ShopeePay.
Disini kami akan kongsikan Langkah untuk mengaktifkan ShopeePay
dan membuat penebusan RM150 melalui aplikasi Shopee.
Apa itu ShopeePay?
ShopeePay adalah satu platform
yang digunakan untuk menyimpan wang dari bayaran balik dan tambah nilai anda
yang kemudiannya boleh digunakan untuk membayar pesanan anda yang seterusnya
melalui dalam talian (dari Aplikasi atau Web Shopee) atau bahkan Tawaran Luar
Talian.
Bukan hanya itu, Shopeepay juga
menawarkan kaedah pembayaran yang lancar serta pelbagai potongan dan promosi
ketika anda berbelanja menggunakan platform ini.
CARA MENDAFTAR DAN AKTIFKAN SHOPEEPAY
Pertama sekali anda perlu memuat naik aplikasi Shopee secara
percuma di mana-mana peranti seperti:
- Google Playstore
- iOS Store
Selepas memuat naik aplikasi Shopee, anda perlu ikuti Langkah
berikut:
AKTIFKAN AKAUN SHOPEEPAY
Langkah 1: Klik pada ikon ShopeePay di halaman utama Shopee.
Langkah 2: Masukkan maklumat yang diminta seperti nama,
nombor ID dan cipta nombor PIN (akan digunakan apabila anda ingin membuat pembayaran)
anda sendiri, dan ada boleh gunakan ShopeePay.
Langkah 3: Akaun ShopeePay anda telah aktif dan boleh
digunakan seperti paparan dalam gambar di bawah.
Anda boleh tekan pada ikon ‘ShopeePay’ dan ikon berikut akan muncul untuk tindakan selanjutnya:
- Top Up
- Scan
- Pay
- Transfer
- Withdrawal
- Request
Sejarah transaksi anda juga akan dipaparkan untuk rujukan
anda.
Sekarang, bolehlah anda berbelanja dengan ShopeePay.
PENEBUSAN KREDIT PERCUMA RM150 EBELIA SHOPEEPAY
Penebusan boleh dibuat bermula 1 Jun 2021
Langkah untuk membuat penebusan juga akan dikemaskini.
Sumber: shopeemalaysia
Untuk beliau jak dari umur 18-20 jak. Lebih dari 20 umur xdapat. Kalau zaman BN baik pun PH. Xada kecuali semua dapat walau zaman PH 30rm. Ini lansung xada lah untuk kita tuai2 ini ..
ReplyDeleteSyukur kita geng apa yg sudah dibagi. Aku pn x dpt molohing sudah. Lain jg tu kasi banding dgn pemerintah sebelum. Klu betul pun mau banding mesti nampak tu bezanya. Sebelum ni klu yg membagi tarang2 pancing undi. Knp? Bila membagi kn mesti mau cakap "PARTI saya memberi bantuan".. sedangkan patut ckp "KERAJAAN memberi bantuan".. nampak simple n lebih kurang tapi sbnrnya berbeza dan kesan nya sangat besar pd rakyat yg tidak sedar mengenainya.Tanpa sedar membuat rakyat tinggi sikap kepartian berbanding sikap national. Apa pn peringatan utk sy sendiri bukan parti yg membri bantuan TAPI KERAJAAN MALAYSIA yg memberi bantuan kerana begitu perihatin pada rakyatnya. SAYANG MALAYSIA
DeleteFor us in the early 40s dpt apa. Bpr fasa 2 pun tk lulus. No buat rayuan kos lh tggi dr amaun bantuan. So tk oayah pikir. At least bg la jugak bantuan e wallet to us. Bkn ja anak muda yg pakai ramai yg gunakan e wallet.. N most of nt working single n no children to support. What abt us? The loners?
ReplyDelete