
Anda kini boleh membuat penebusan Bantuan Jaringan Prihatin
Kredit Telekomunikasi & Telefon Pintar RM180 – RM300 untuk Celcom, Maxis,
Digi, TuneTalk, Umobile, Yoodoo, Unifi dan YES.
Bantuan ini diberikan dalam bentuk rebat dan anda perlu
memohon terus di mana-mana syarikat telekomunikasi seperti berdaftar:
• Celcom
• Maxis
• Digi
• TuneTalk
• Umobile
• Yoodoo
• Unifi
• YES
Program Jaringan Prihatin rebat 180 (kredit telekomunikasi)
dibuka kepada individu bujang atau berkahwin yang tiada anak-anak bawah umur 18
tahun.
Manakala Program Jaringan Prihatin rebat 300 (telefon
pintar) pula dibuka kepada individu bujang atau berkahwin dengan anak-anak
bawah umur 18 tahun.
CARA MENEBUS BANTUAN JARINGAN PRIHATIN
Bagi mereka yang layak menerima Bantuan BPR, kelulusan
adalah automatik. Anda hanya perlu membuat penebusan di syarikat telekomunikasi
masing-masing sebelum 31 Julai 2021.
Untuk memudahkan penebusan, sila install apps Telekomunikasi
masing-masing. Anda hanya boleh menebus sekali sahaja walaupun anda mempunyai
banyak nombor telefon.
Rujuk cara penebusan dibawah:
• Celcom
bantuan jaringan prihatin celcom
Untuk pengguna prabayar, Celcom menawarkan rebat sebanyak
RM15 selama 12 bulan yang ditawarkan dalam bentuk rebat kredit dengan membeli
pas internet bulanan terpilih.
Manakala untuk pascabayar pula, Celcom menawarkan dua
pilihan iaitu penawaran rebat RM300 / RM180 untuk pembelian telefon dan
penawaran rebat RM25 sebulan selama 12 bulan atau rebat RM15 sebulan selama 12
bulan.
Pendaftaran & Penebusan Celcom
1. Semak kelayakan anda.
2. Tebus menerusi langganan pelan atau peranti melalui apps
Celcom Life.
3. Tebus 2GB internet harian, setiap hari selama 1 tahun
melalui aplikasi Celcom Life.
4. Untuk rebat RM180 / RM300, sila tebus menerusi Celcom
Life sekiranya anda pelanggan Celcom sedia
Rujuk website dan klik sini👉
https://www.celcom.com.my/personal/jaringan-prihatin
• Maxis
bantuan jaringan prihatin maxis
1. Buka aplikasi Hotlink atau Maxis, kemudian klik “Beli”.
2. Klik pautan “Jaringan Prihatin” & Masukkan nombor kad
pengenalan anda.
3. Tunggu pengesahan SMS.
4. Buka balik apps Hotlink atau Maxis & Klik “Beli”.
5. Klik pautan “Jaringan Prihatin” & klik “Lihat Pas
Bulanan”.
6. Pilih pas internet yang telah disubsidikan & tunggu
pengesahan SMS.
Rujuk website dan klik sini👉
https://www.maxis.com.my/ms/campaigns/jaringan-prihatin/
• DIGI
bantuan jaringan prihatin digi
1. Semak kelayakan dengan kad pengenalan.
2. Daftar utuk Jaringan Prihatin.
Rujuk website dan klik sini👉
https://www.digi.com.my/jaringan-prihatin-bm
• Tunetalk
1. Muat turun / buka aplikasi TuneTalk.
2. Semak kelayakan & teruskan pendaftaran.
3. Pilih pelan subsidi pakej data atau pakej peranti &
tunggu pengesahan.
Rujuk website dan klik sini👉
https://www.tunetalk.com/my/ms/jaringanprihatin
• UMobile
1. Download apps MyUMobile
2. Masukkan nomboer telefon dan nombor kad pengenalan untuk
mendaftar.
3. Pilih ‘Subsidi Pelan’ & teruskan untuk pendaftaran.
4. Tunggu pengesahan SMS.
Rujuk website dan klik sini👉
https://www.u.com.my/extras/promotions/jaringan-prihatin/bm
1. Download app Yoodo & pilih jaringan Prihatin untuk
mendaftar.
2. Semakan kelayakan akan dilakukan & status kelayakan
akan diberitahu serta-merta.
3. Dapatkan sehingga 80GB hanya dengan RM20 setiap bulan!
*tertakluk pada terma & syarat.
• YES
bantuan jaringan prihatin yes
Terdapat dua pelan berbeza yang ditawarkan iaitu YES
PRIHATIN Belajar Dari Rumah Keluarga (subsidi RM300) yang membolehkan pelanggan
menerima telefon pintar dan data 30GB manakala pelan YES PRIHATIN Belajar Dari
Rumah Individu (subsidi RM180) pula membolehkan pelanggan menerima telefon
pintar, data 15GB, baucar Shopee RM50 dan akses kepada aplikasi pendidikan
untuk tempoh 12 bulan secara percuma.
Makna kata dengan pelan YES, anda boleh menebus mana-mana
pelan dan mendapat sebuah telefon pintar percuma.
. Layari portal Jaringan Prihatin YES dan pilih pelan RM180
atau RM300 dan klik pada ‘Tuntut Sekarang’
2. Masukkan nombor kad pengenalan untuk semakan.
3. Download app MyYes.
4. Pilih pelan subsidi & klik seterusnya.
5. Semak semua maklumat & klik hantar.
Sumber : jawatanmalaysia.net