KUCHING : Kerajaan Sarawak hari
ini mengumumkan pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 menerusi 15
langkah, bagi meneruskan kelangsungan bantuan berikutan pelaksanaan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan berkuatkuasa esok, 29 Mei 2021 sehingga 11
Jun 2021.
Berucap dalam Sidang Media Khas
di Kuching, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun
Datuk Abang Openg menjelaskan, pakej tersebut merangkumi 8 langkah pembayaran
tunai dan 7 langkah pemberian diskaun.
Baca juga: Tarikh Permohonan Rayuan BPR Bagi Yang Tidak Lulus/Gagal Permohonan
Katanya, sepanjang tempoh
pelaksanaan BKSS 6.0, 11 langkah dalam Pakej BKSS 5.0 yang masih dalam
pelaksanaan juga akan turut memberi manfaat kepada rakyat Sarawak.
“Saya berharap langkah-langkah
dalam Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang 6.0 dengan perbelanjaan kerajaan
Sarawak sebanyak RM1.4 Bilion termasuklah langkah-langkah yang sedang dalam
pelaksanaan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban yang ditanggung
oleh kita semua ketika melalui waktu yang sukar ini,” ujarnya.
Baca artikel penuh di: Bantuan Tunai RM250 Sebulan Untuk 6 Bulan (KIR), RM500 Bujang - BKSS 6.0 - InfoMalaysiaKini