KUCHING : Kerajaan Sarawak hari
ini mengumumkan pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 menerusi 15
langkah, bagi meneruskan kelangsungan bantuan berikutan pelaksanaan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan berkuatkuasa esok, 29 Mei 2021 sehingga 11
Jun 2021.
Berucap dalam Sidang Media Khas
di Kuching, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun
Datuk Abang Openg menjelaskan, pakej tersebut merangkumi 8 langkah pembayaran
tunai dan 7 langkah pemberian diskaun.
Baca juga: Tarikh PermohonanRayuan BPR Bagi Yang Tidak Lulus/Gagal Permohonan
Katanya, sepanjang tempoh
pelaksanaan BKSS 6.0, 11 langkah dalam Pakej BKSS 5.0 yang masih dalam
pelaksanaan juga akan turut memberi manfaat kepada rakyat Sarawak.
“Saya berharap langkah-langkah
dalam Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang 6.0 dengan perbelanjaan kerajaan
Sarawak sebanyak RM1.4 Bilion termasuklah langkah-langkah yang sedang dalam
pelaksanaan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban yang ditanggung
oleh kita semua ketika melalui waktu yang sukar ini,” ujarnya.
BKSS 6.0: Senarai Bantuan Khas Untuk Rakyat Sarawak Dalam Tempoh PKP
1. Bantuan Tunai BKSS 6.0 Untuk KIR (RM250 Sebulan Untuk 6 Bulan) & Bujang (RM500 one-off)
Antara langkah-langkah pembayaran
tunai adalah pertama, insentif untuk Ketua Isi Rumah B40 Sarawak untuk tempoh 6
bulan (RM250 sebulan – mulai 31 Julai 2021 hingga 31 Disember 2021) dan
individu bujang B40 berumur 21 tahun ke atas (RM500 secara one-off – mulai 31
Ogos 2021).
2. Elaun Bulanan Khas Untuk Barisan Hadapan
Kedua, elaun bulanan khas petugas barisan hadapan yang menangani pandemik COVID-19 di Sarawak untuk tempoh 6 bulan (Anggota Kesihatan (RM300), Kakitangan Imigresen Yang Bertugas Di Pos-Pos Kawalan Sempadan (RM200), Kakitangan PDRM dan Bilik Gerakan Negeri (RM200), Angkatan Tentera Malaysia yang menjaga sempadan (RM200), Anggota RELA (RM200), Anggota Kastam diRaja Malaysia yang bertugas di semua pintu masuk sempadan/pelabuhan/lapangan terbang (RM200), Kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan yang bertugas dalam perkhidmatan kecemasan/kerja-kerja pemeriksaan/sanitasi (RM200), Anggota Bomba dan Penyelamat (RM200), Anggota Angkatan Pertahanan Awam (RM200) ).
3. Insentif RM1500 Pengamal Media
Ketiga, insentif kepada pengamal media barisan hadapan di Sarawak (RM1,500 secara one-off).
4. Bantuan RM1500 Penjaja & Peniaga Kecil
Keempat, geran kepada penjaja dan
peniaga kecil yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (RM1,500 secara 2
peringkat; RM750 pada bulan Julai dan RM750 pada bulan Disember 2021 melalui
Sarawak Pay).
5. Insentif RM1500 Untuk
Pengendali Penambang
Kelima, insentif untuk pemilik
dan pengendali penambang yang berdaftar dengan Lembaga Sungai-Sungai
Sarawak (RM500 secara one-off).
6. Insentif RM600 Pengendali Van, Teksi, Bas
Keenam, insentif untuk Pengendali
Van Penumpang, Pemandu Teksi, Pengendali Bas dan Van Sekolah yang berdaftar di
Sarawak (RM600).
7. Bantuan RM500 Pemandu e-Hailing & Tenaga Pengajar Memandu
Ketujuh, bantuan kewangan kepada
Pemandu e-Hailing dan Tenaga Pengajar Memandu (RM500 secara one-off melalui
Sarawak Pay).
8. Bantuan Kepada Agensi Pelancongan / Operator Homestay / Pemandu Pelancong
Kelapan, bantuan khas kepada
Agensi Pelancongan berlesen (RM3,000), Operator Homestay berlesen (RM600),
Pemandu Kenderaan Pelancongan berlesen (RM500), Pemandu Pelancong dan Pemandu
Pelancong Taman Negara yang berlesen (RM1,500).
9. Diskaun
Dalam pada itu, tujuh langkah
pemberian diskaun pula adalah merangkumi diskaun 5% sehingga 25% ke atas bil
elektrik bulanan; 10% hingga 25% ke atas bil air bulanan; 25% taksiran kadar
cukai pintu tahunan melebihi RM400 dan 30% untuk kadar cukai pintu tahunan
RM400 dan ke bawah; 50% sewa pasar dan gerai; 50% sewa skim perumahan
Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (HDC); Pengecualian bayaran sewa
kepada Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) yang beroperasi di premis-premis
perniagaan milik badan-badan berkanun dan syarikat-syarikat GLC negeri serta
penyediaan bakul makanan kepada isi rumah yang terjejas semasa PKP.
Melalui langkah-langkah tersebut,
tambah Ketua Menteri, kerajaan Sarawak sentiasa melaksanakan inisiatif yang terbaik bagi membantu
meringankan beban rakyat. -EDISI UKAS
Sumber: UKAS, harianpost