SHAH ALAM - Golongan B40 yang
kehilangan pendapatan akibat pandemik Covid-19 akan menerima bantuan tunai
secara 'one-off' sebanyak RM500 di bawah inisiatif ke-15 Program Strategik
Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa).
Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin berkata, bagi penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
berpendapatan RM1,000 dan ke bawah, mereka akan menerima bayaran tambahan
sebanyak RM500.
TIDAK MELIBATKAN PROSES
PENDAFTARAN PERMOHONAN
Menurutnya, kedua-dua kategori
itu melibatkan penerima berumur 21 hingga 60 tahun dan tidak melibatkan proses
pendaftaran permohonan.
“Pengesahan kehilangan pendapatan
dan semakan silang akan dibuat melalui sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri
Malaysia (LHDNM), Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dan Perkeso.
TARIKH PEMBAYARAN PADA BULAN JUN 2021
“Insya-ALLAH, kedua-dua bantuan
khas ini akan dibayar mulai Jun 2021 ke akaun penerima masing-masing,” katanya
dalam siaran langsung pengumuman khas Pemerkasa pada Rabu.
PERUNTUKAN 1.2 BILION UNTUK 2.4 JUTA PENERIMA
Tambah beliau, bantuan kehilangan
pekerjaan itu membabitkan peruntukan berjumlah RM1.2 bilion kepada 2.4 juta
penerima.
Kerajaan pada Rabu mengumumkan
Pemerkasa dengan lima fokus utama melibatkan 20 inisiatif bagi pemulihan serta
pemerkasaan negara sepanjang tahun ini.
Lima fokus utama itu adalah
mengawal penularan Covid-19, memacu pemulihan ekonomi, memperkukuh daya saing
negara, melaksanakan agenda keterangkuman wilayah dan masyarakat dan
mentransformasi ekonomi.
Sumber: sinarharian
SAYA MOHD.AZLAN LAYAK SBB TMPAT KERJA SAYA TELAH MEMBERHENTIKAN KERJA TAMPA SBB
ReplyDeletePercepatkan proses bamtuan.ni je aku merayu sbgai suata b40.jika kau kurung so bg mkn.jgn sampai kaki kau org(kerajaan)aku(b40) gigitkn.pejam mata bayang apa akan jd jika perut berbunyi.byk mslh.jenayah.maslh mental.hati.n termasuk batin.bunyi mcm lawak.kau renung kanlah
ReplyDeleteAdakah saya boleh dapat bantuan ini
ReplyDeleteApakah Gulungan B40, berusia 60 tahun keatas dapat bantua none-off ini. kerana kami juga memerlukannya. Tak adil lah jika kami tidak dapat...
ReplyDelete