Tarikh Pembayaran BPR Fasa 2 Serta Jumlah Baki Bayaran


 

Kita sudah sedia maklum dan telah pun menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa pertama yang telah dikreditkan bermula 24 febuari lalu. Kini ramai yang tertanya-tanya tentang tarikh pembayaran BPR fasa kedua.

 

APAKAH ITU BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR)?

Bantuan Prihatin Rakyat merupakan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban mereka akibat kesan pandemik COVID-19.

 

BILAKAH TARIKH PEMBAYARAN BPR FASA KE 2?

 

Seperti yang dinyatakan oleh pihak LHDN / Kementerian Kewangan, bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa Kedua dijangka akan bermula pada awal bulan Mei 2021 ini.


Jumlah Baki Bayaran BPR Fasa 2

Baki bayaran BPR untuk Fasa Kedua adalah berbeza mengikut kategori termasuklah kategori Bujang, Isi Rumah, dan juga bergantung kepada bilangan anak setiap keluarga.

 

Gambar di bawah menunjukkan jumlah bayaran yang diterima oleh penerima mengikut kategori.

 

 

Untuk makluman, penerima bayaran BPR Fasa Pertama telah menerima jumlah bayaran berikut:

  • Kategori Isi Rumah : RM300
  • Kategori Bujang: RM150

 


Kepada mereka yang belum menerima bayaran BPR Fasa Pertama, anda boleh terus hubungi pihak LHDN atau membuat semakan status secara online mengikut langkah di bawah.

 

Cara Semakan Status Permohonan BPR Fasa 2:

  1. Layari Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
  2. Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah anda daftarkan
  3. Klik butang ‘Semak Status’
  4. Status bayaran / permohonan dipaparkan.

 

Sebarang pertanyaan & info Lanjut boleh terus ke:

Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;

Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau

MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau

Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.

No comments:

Theme images by Flashworks. Powered by Blogger.