Seperti yang kita sedia maklum bahawa pihak kerajaan akan
memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Tahun 2021 kepada Pegawai
Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta
Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah sebanyak RM500.
Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan
Akauntan Negara Malaysia Negeri Kelantan di portal rasmi mereka berkenaan
maklumat serta tarikh pembayaran bantuan.
Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan,
Dimaklumkan bahawa selaras dengan
surat edaran daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) rujukan JPA.800-3/2/1(29)
bertarikh 23 April 2021, Kerajaan telah bersetuju supaya Bantuan Khas Kewangan
Aidilfitri Tahun 2021 dibayar kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan
dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan
ke bawah sebanyak RM500. Merujuk kepada surat JPA tersebut, Bantuan Khas
Kewangan Aidilfitri Tahun 2021 ini akan dibayar pada 6 Mei 2021 iaitu serentak
dengan tarikh pembayaran gaji Penjawat Awam Persekutuan bagi bulan Mei 2021.
Sebagai persediaan awal, semua
PTJ dibawah seliaan Pejabat Perakaunan (AO 1003) JANM Negeri Kelantan dipohon
untuk menyemak status kelayakan semua pegawai yang berada di PTJ YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan
termasuk pegawai yang ditangguhkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Tahun 2021
selaras dengan pekeliling di atas. Kriteria kelayakan bayaran adalah
sepertimana dinyatakan dalam surat edaran tersebut.
Senarai nombor gaji pegawai yang
TIDAK LAYAK dibayar Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Tahun 2021 hendaklah
dikemukakan kepada Unit Gaji JANM Kelantan (gaji_kel@anm.gov.my) menggunakan
Microsoft Excel selewat-lewatnya sebelum atau pada 26 April 2021.
Sekian, terima kasih.
Unit Gaji
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Kelantan
25 April 2021
Bila dapat bantuan hari raya..sya xthu nk buat..saya xdapat lagi
ReplyDelete