Seperti yang kita sedia maklum
yang kerajaan bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Aidilfitri kepada Penjawat
Awam berjumlah RM500 dan RM250 kepada pesara. Ia selaras dengan kenyataan dari media
Pejabat Perdana Menteri itu sendiri yang telah dikeluarkan pada 22 April 2021 lalu
yang bertajuk “Bayaran Bantuan Khas Kewangan Bersempena Hari Raya Aidilfiltri
2021”.
Bantuan ini diberikan sebagai tanda
menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab mereka
menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi
tempoh yang penuh cabaran ini.
Berikut Adalah Kategori Penerima yang Layak
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM 500 kepada:
- Kakitangan Contract For Service,
- Pegawai Sambilan Harian serta
- lantikan di bawah MySTEP, dan
- Pesara Kerajaan (RM 250).
Tarikh Pembayaran
Pembayaran bantuan khas ini akan dibuat pada 6 Mei 2021
iaitu bersama dengan pembayaran gaji bulan Mei nanti.
Lebih 2 Juta Penjawat Awam dan
Pesara yang akan mendapat manfaat daripada Bantuan Khas Aidilfitri ini. Pihak kerajaan
berharap agar dengan adanya bantuan ini, ia akan dapat membantu meringankan
beban kewangan terutamanya kepada para penjawat awam dan pesara dan semoga ia dapat
menjadi pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.
Sila sebarkan dan kongsi maklumat
ini agar lebih ramai orang yang tahu dan dapat maklumat mengenai
bantuan-bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan.