PENGENALAN
Program Bantuan MyKasih Kapital
merupakan salah satu insentif tambahan kerajaan yang diumumkan oleh YAB Tan Sri
Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia, sempena Sambutan Hari Wanita pada 8
Mac 2021. Program Bantuan MyKasih Kapital ini akan dilaksanakan oleh
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPKWM) melalui Yayasan
Kebajikan Negara, Malaysia (YKN).
BANTUAN MYKASIH KAPITAL:
Insentif tambahan untuk memberi faedah secara langsung kepada kaum wanita yang berbentuk suntikan modal perniagaan. Pemberian insentif ini adalah sebagai satu usaha menggalakkan kaum wanita berniaga terutamanya yang terlibat dalam bidang e-dagang atau dropship.
OBJEKTIF:
- Memperkasakan ekonomi kumpulan sasar yang terkesan dengan pandemik wabak COVID-19 melalui bantuan modal perniagaan.
- Membantu meningkatkan taraf hidup mereka yang memerlukan bantuan kewangan segera melalui peruntukan kewangan bagi memulakan perniagaan.
- Pendekatan yang mengoptimumkan potensi individu berdasarkan bidang kemahiran mereka agar tidak terus bergantung kepada bantuan kerajaan sepenuhnya.
SYARAT KELAYAKAN:
- Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas
- Golongan wanita sahaja
- Ketua keluarga yang merupakan pencari nafkah utama keluarga
- Individu yang menanggung keluarga tetapi hilang mata pencarian
- Wanita yang mempunyai suami tetapi suami tidak berkeupayaan untuk mencari nafkah disebabkan sakit
- Berminat dan bersungguh-sungguh menceburi bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan
CARA PERMOHONAN:
Mohon disini – Permohonan bantuanMyKasih
Sebarang pertanyaan, boleh
hubungi:
Urus setia Program Bantuan
MyKasih Kapital
Yayasan Kebajikan Negara,
Malaysia
Aras 8, Bangunan KPWKM,
No.55, Persiaran Perdana,
Presint 4, 61200 Putrajaya
No. telefon : 03 – 8323 2433
Sumber: Yayasan Kebajikan Negara