Bantuan Subsidi Pembelian Telefon Sebanyak RM300 - PEMERKASA 2021

PELUANG KERJAYA
0

Sebelum ini, kerajaan telah menyediakan subsidi sebanyak RM200 untuk pembelian aircond/ peti sejuk, kini kerajaan memperkenalkan subsidi pembelian telefon sebanyak RM300 melalui program PEMERKASA.

 

Pada Belanjawan 2021, telah diumumkan subsidi bagi pembelian telefon pintar sebanyak 180 kepada semua penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), sukacita diumumkan tambah baik subsidi ini kepada RM300.

 

Ia dikhususkan untuk mereka yang mempunyai isi rumah anak bersekolah untuk pembelian telefon pintar atau peranti baharu. Maka peruntukan untuk program ini akan ditingkatkan kepada RM2 billion dan ia akan dilancarkan pada awal Mei nanti.

 

Syarat Kelayakan

Secara amnya, subsidi ini dikhaskan kepada mereka yang mempunyai  isi rumah anak bersekolah bagi tujuan pembelian telefon pintar atau peranti baharu. Ia selaras dengan apa yang telah diumumkan dalam Pengumuman Khas Perdana Menteri PEMERKASA baru-baru ini. Namun, syarat kelayakan menerima bantuan akan diperincikan dalam bulan Mei nanti

 

Tarikh bantuan diberikan

Tarikh Program Jaringan Prihatin ini dijangka dilancarkan pada awal bulan Mei 2021.

 

Cara permohonan

 

Buat masa ini, maklumat lanjut tentang cara memohon / kaedah pelaksanaan bantuan subsidi Jaringan Prihatin belum lagi dimaklumkan.

 

Kita berharap program ini dapat membantu rakyat terutamanya mereka yang memerlukan bantuan dan perlu untuk dibantu. Sila sebarkan maklumat ini agar lebih ramai orang yang tahu dan dapat dibantu.

 


Info Lanjut

Untuk mendapatkan info terkini tentang pelaksanaan Program Jaringan Prihatin, sila rujuk laman web SKMM (MCMC) di https://www.mcmc.gov.my/


Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !