Seramai 136,655 pesara, bekas polis dan petugas polis era
darurat yang juga penerima Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) layak menerima
bantuan sekali bayaran RM500, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah
Zainudin.
Katanya, bantuan itu sebagai menghargai jasa pengorbanan dan
khidmat bakti golongan berkenaan kepada negara termasuk ketika era darurat
dalam Perkhidmatan Persekutuan Tanah Melayu bagi tempoh 12 Julai 1948 hingga 31
Julai 1960.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl
Sani Abdullah Sani berkata, pemberian itu membuktikan kerajaan sentiasa
mengambil berat hal ehwal pesara polis, bekas polis serta petugas polis dalam
era darurat dengan berusaha mencari ruang dan peluang membantu mereka.
Pada Februari lalu, kerajaan mengumumkan bantuan sekali
bayaran RM500 yang disalurkan kepada pesara dan bekas polis menerima PJPN serta
petugas polis yang berkhidmat pada zaman darurat.
Terdahulu pada majlis itu seramai 79 penerima PJPN yang
menetap di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor menerima bayaran berkenaan. -
BERNAMA
Sumber: bharian