PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
(KPWKM) memaklumkan Program Bantuan MyKasih Kapital kini sudah dibuka untuk
permohonan.
Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, permohonan boleh
dibuat melalui pautan yang terdapat di laman Facebook Yayasan Kebajikan Negara.
Beliau berkata, permohonan juga boleh dibuat dengan layari
laman sesawang Yayasan Kebajikan Negara di yknm.org.my untuk maklumat lanjut.
“Saya dengan rasa berbesar hati ingin memaklumkan permohonan
bagi Program Bantuan MyKasih Kapital yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan
Sri Muhyiddin Yassin sempena Sambutan Hari Wanita pada 8 Mac 2021 lalu kini
telah dibuka.
“Insentif tambahan ini bakal memberi faedah secara langsung
kepada kaum wanita yang berbentuk suntikan modal perniagaan dalam menjayakan
objektif memperkasa ekonomi kumpulan sasar yang terkesan dengan pandemik
Covid-19,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Katanya, bantuan itu adalah satu usaha bagi menggalakkan
kaum wanita berniaga terutama yang terlibat dalam bidang e-dagang atau
dropship.
Rina berkata, seramai 2,000 wanita akan dipilih berdasarkan
kelayakan bagi memulakan projek rintis itu.
MyKasih Kapital adalah insentif tambahan untuk memberi
faedah secara langsung kepada wanita, dikenali dalam bentuk suntikan modal
perniagaan. K! ONLINE
Sumber: Kosmo
Boleh memohon ke
ReplyDeleteKalau sy bole tak nak mohon sy ibu tunggal...
DeleteMcm mna nak memohon mykasih ini ada link ke
ReplyDeleteMacam mana carenye
Deletehttps://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScN38AiRaxxGVjsxHiOzWr4sD6-kF1rRKbXtbNgwQF2Db3bQw/viewform
DeleteNi link btl ke
DeleteSalam tuan!...sy ingin cmner cara mohon subsidi untuk pmbelian telefon sbyk rm300 tu ye?
ReplyDeleteMCM2 ada tapi satu pun tarak..������
ReplyDeleteMcm mana nak mohon.puas mencari link tada
ReplyDelete