Ibu bapa
atau penjaga yang mempunyai anak jagaan berumur 18 tahun ke bawah boleh memohon
bantuan kanak-kanak 2021 (BKK) sehinggah RM 1,000 sebulan seperti mana yang
telah dinyatakan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Bantuan kanak-kanak
2021 (BKK) ini adalah bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang di berikan
kepada seluruh rakyat Malaysia yang berkelayakan bertujuan untuk membantu
keluarga, penjaga dan kanak-kanak untuk meneruskan kelangsungan kehidupan serta
memperolehi jagaan yang sempurna.
Datuk Seri
Rina Binti Mohd Harun selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat mengumumkan jumlah bantuan yang telah dinaikkan sehingga RM1,000
sebulan berbanding sebelum ini yang hanya RM450.
Jumlah BKK lama |
· -Maksimum bagi seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM100. |
· -Maksimum sebanyak RM450 jika mempunyai anak lebih daripada 4 orang |
|
Jumlah BKK tahun 2021 |
· -Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM150
sebulan seorang |
· -Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM200 sebulan
seorang |
· -Maksimum sebanyak RM1,000 sebulan untuk sebuah keluarga |
SYARAT
KELAYAKAN MEMOHON:
warganegara
Malaysia dan bermastautin di negara Malaysia
Pendapatan
isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi
Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
Kanak-kanak
yang berumur di bawah 18 tahun (umur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan
jika bersekolah sehingga menengah atas sahaja).
Mana-mana
kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah
Kebajikan Masyarakat.
CARA
PERMOHONAN
- Layari laman http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp
- Cetak BORANG PERMOHONAN
- Cetak BORANG KEMASKINI sekirangnya terdapat kemaskini baharu.
Sebarang pertanyaan
sila rujuk laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat di https://www.jkm.gov.my/ atau;
hubungi terus
ke ibu pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat:
Jabatan
Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
Telefon :
03 - 8000 8000
Faks : 03 -
8323 2045
Emel :
Maklum Balas (ISPAAA)
mohon untuk mohon bantuan pelajar 18 tahun ke bawah.mohon bantuan cara
ReplyDelete