Bantuan GKP - Masih Ramai Belum Membuat Permohonan

PELUANG KERJAYA
1


PUTRAJAYA: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta mikro perlu mengambil peluang yang disediakan kerajaan seperti Geran Khas Prihatin 3.0 (GKP 3.0) untuk membantu meningkatkan kembali perniagaan pasca pandemik COVID-19.

 

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata masih ramai peniaga mikro dan PKS belum mendaftar mendapatkan bantuan khas GKP walaupun ia sudah dimulakan sejak tahun lalu dan kini memasuki siri ketiga.

 

Tengku Zafrul berkata, selain GKP 3.0, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) turut mengumumkan bahawa nilai ambang keterhutangan bagi syarikat yang dinaikkan daripada RM10,000 kepada RM50,000, akan diteruskan berkuat kuasa 1 April lalu.

 

Beliau berkata, ini juga adalah berita gembira untuk peniaga seiring dengan inisiatif kesembilan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) untuk mengurangkan beban syarikat dan memperkasa koperasi.

 

Inisiatif ini, katanya, adalah susulan keadaan ekonomi global dan dalam negara yang mungkin mengambil masa lebih lama untuk pulih akibat pandemik COVID-19.


Sila Baca Artikel Penuh di bharian

Tags

Post a Comment

1Comments

  1. Sya blh ke memohon suami sya dh x blh berkerja mcm dulu .

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !