Sempena bulan Ramadhan ini, kerajaan negeri sabah telah
memutuskan untuk tidak membenarkan mana-mana aktiviti bazar Ramadan diadakan di
sabah.
Walaupun aktiviti bazar Ramadan ini dibenarkan di peringkat
persekutuan namun, kerajaan negeri Sabah mengambil pendekatan berbeza susulan
peningkatan kes harian Covid-19 di negeri ini.
Datuk Seri Masidi Manjun selaku Menteri Kerajaan Tempatan
dan Perumahan Sabah berkata, keputusan ini dibuat setelah mengambil kira
keadaan kes Covid-19 di Sabah yang masih lagi belum stabil dan telah wujud
beberapa kluster baharu berpunca daripada penganjuran majlis sosial dan
keramaian.
Di samping itu, tahap pematuhan prosedur operasi standard
(SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di negeri ini juga masih
rendah.
Di peringkat Persekutuan, aktiviti bazar Ramadan dibenarkan
untuk dilaksanakan dengan pematuhan SOP yang lebih ketat dan kemas.
Sumber: utusan