
TEDUH adalah portal yang memaparkan maklumat dan fungsi
carian berkaitan projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta di
Malaysia. Sistem Pengurusan Perumahan Negara atau SPRN merupakan salah satu
modul dalam TEDUH yang berfungsi sebagai gerbang ‘one-stop centre’ bagi
individu yang ingin memohon program perumahan dibawah seliaan Jabatan Perumahan
Negara KPKT
SYARAT DAN KELAYAKAN
SKIM PPR DISEWA
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah di bawah RM3000 sebulan
- Pemohon belum memiliki rumah
- Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri
SKIM PPR DIMILIKI
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
- Pemohon belum memiliki rumah
- Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri
PEMOHON SKIM PRIMA
- Warganegara Malaysia
- Bujang / Berkahwin atau Berumur 21 tahun ke atas
- Prima ada pembelian rumah Pertama atau Kedua
- Pendapatan isi rumah RM15,000 ke bawah
CARA MEMBUAT SEMAKAN PERMOHONAN
- Pergi ke portal TEDUH iaitu https://sprn.kpkt.gov.my/user/login
- Masukan Mykad dan Password anda.
- Butiran maklumat permohonan akan tertera.
CARA PERMOHONAN
DAFTAR AKAUN PEMOHON
- Pastikan pemohon yang ingin untuk membuat permohonan PPR Disewa, Pemohon haruslah terlebih dahulu untuk membuat akaun seperti link yang telah disediakan. Pastikan pemohon klik link yang disediakan.
- https://sprn.kpkt.gov.my/user/register
- pastikan pemohon mengisi maklumat yang di perlukan seperti nama, no kad pengenalan, dan Alamat e-mail.

PERGI KE EMAIL UNTUK PENGESAHAN
- Pastikan e-mail yang telah didaftarkan adalah betul dan masih aktif.
- Pemohon akan menerima email dari PENDAFTARAN AKAUN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK untuk mengaktikkan akaun yang telah didaftarkan.
- Pastikan pemohon klik pautan yang berwarna biru.
- Setelah klik pautan berwarna biru, pemohon di minta untuk masukkan password. Pastikan password yang diisi harus diingat.

SILA PILIH SKIM
- Untuk permohonan pastikan pemohon memilih SKIM PPR DISEWA/SKIM PPR DIMILIKI/MYHOME.
- Pastikan pemohon membaca semua syarat-syarat yang diperlukan sebelum klik "pilih skim yang di inginkan".
- Pastikan pemohon mengisi semua maklumat yang diperlukan dan jangan ada yang terlepas.
- Maklumat yang perlu diisi seperti maklumat permohonan, maklumat pendapatan, maklumat pasangan, dan maklumat tanggungan.

DOKUMEN SOKONGAN
- Seterusnya, pemohon klik DOKUMEN SOKONGAN untuk menghantar semua maklumat yang di minta sebagai bukti.
- Pastikan semua dokumen yang di hantar adalah dokumen berbentuk PDF dan tidak lebih 3MB.
PENGESAHAN
- Dokumen sokongan telah dihantar, seterusnya pemohon boleh membuat pengesahan berkenaan maklumat diisi dan dihantar adalah benar.
- Selesai membuat pengesahan, semua pemohon tunggu ke step seterusnya.