Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)~Permohonan Perumahan Mampu Milik Untuk Seluruh Rakyat Malaysia



Dalam keadaan sekarang, ramai penduduk Malaysia yang tidak mempunyai rumah sendiri disebabkan faktor harga rumah yang sangat Mahal.

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) ingin membantu rakyat Malaysia untuk memiliki rumah sendiri dengan bayaran yang sangat rendah. Permohonan adalah untuk seluruh rakyat Malaysia yang bertempat di Semenanjung, Labuan, Sarawak, dan Sabah.

Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

 

 

KELAYAKAN PEMOHON

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas
  3. Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
  4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
  5. Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan
  6. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
  7. Tertakluk kepada peruntukan kewangan


NOTA:

  • Bagi pemohon dari Semenanjung yang berumur melebihi 42 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-42 tahun diperlukan.
  • Bagi pemohon dari Sabah, Sarawak dan kawasan pulau yang melebihi 38 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-38 tahun diperlukan.

 

 

CARA PERMOHONAN

 

 

 

 

 

 

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  2. Salinan kad pengenalan tuan tanah
  3. Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
  4. Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  5. Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
  6. Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
  7. Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  8. Salinan sijil nikah pemohon
  9. Borang laporan tapak bergambar


NOTA:

  • Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A.
  • SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa
  • Format bagi Surat Akuan Bersumpah dan Borang Lawatan Tapak Bergambar disediakan oleh SPNB.
  • Keperluan pemohon kedua adalah bertujuan untuk pengambilan insurans (pinjaman) dan mewakili pemohon (jika perlu) bagi tujuan pembayaran bulanan.

 

 

TANGGUNGJAWAB PEMOHON (SEKIRANYA DILULUSKAN)

  1. Perlu mengisi dan melengkapkan borang permohonan
  2. Perlu menyediakan tapak cadangan termasuk jalan masuk untuk pembinaan
  3. Perlu menyediakan sumber bekalan air dan elektrik
  4. Perlu membuat penyambungan bekalan utiliti setelah rumah disiapkan
  5. Perlu membuka akaun bank bagi pembayaran balik bulanan

 

 

MAKLUMAT BERKENAAN SPNB - https://spnb.com.my/rumah-mesra-rakyat-rmr/#

PERMOHONAN - https://rmr.spnbonline.com.my/

 

 

 

 


No comments:

Theme images by Flashworks. Powered by Blogger.