Semakan Status GKP Tambahan Permai

 

Apakah Geran Khas Prihatin Tambahan (GKP Tambahan) di bawah Pakej PERMAI?

GKP Tambahan adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang menerima bantuan geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini.

 

Amaun Bantuan GKP Tambahan

Amaun bantuan GKP Tambahan secara one-off adalah seperti berikut: 

  • PKS mikro bagi negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – RM1,000
  • PKS mikro bagi lain-lain negeri – RM500

 

Penerima GKP Tambahan 

Penerima yang lulus GKP 1.0 dan GKP 2.0 termasuk rayuan layak menerima GKP tambahan.

 

Tarikh Pembayaran GKP Tambahan

 


Tarikh bayaran bermula pada 25 Mac 2021 seperti mana yang dinyatakan dalam petikan akhbar portal rasmi Kementerian Kewangan Malaysia. Tarikh semakan status boleh dibuat pada 24 Mac 2021 (rabu).

 

Cara Membuat Semakan status

 

 

  1. Layari portal https://gkp.hasil.gov.my/
  2. Masukkan No. MyKad

 

Tujuan GKP Tambahan

“GKP Tambahan ini bertujuan meringankan beban kewangan perniagaan ekoran penularan pandemik COVID-19 di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan PKS mikro,” Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Sila baca petikan akhbar penuh di laman https://www.mof.gov.my/ms/berita/akhbar/bayaran-gkp-tambahan-kepada-900-000-pks-mikro-mulai-25-mac

 

 

No comments:

Theme images by Flashworks. Powered by Blogger.