
Kepada mereka yang telah membuat permohonan Bantuan
Khas Ibu Tunggal (BKIT), semakan BKIT ini boleh dibuat melalui portal rasmi Jabatan
pembangunan wanita. Portal rasmi Jabatan Pembangunan Wanita telah pun
memaparkan kategori pemohon bagi Bantuan Khas Ibu Tunggal atau BKIT. Berikut
adalah kategori pemohon:
KATEGORI PEMOHON
Berdasarkan Pelan Tindakan
Pemerkasaan Ibu Tunggal (2015-2020), KPWKM mengambil kira ibu tunggal
berdasarkan definisi berikut:.
*Perempuan (Warganegara) yang
menjadi Ketua Isi Rumah bagi kategori:
(i) Taraf perkahwinan balu atau bercerai / berpisah tetap dan
mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama;
(ii) Mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk
bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah
(iii) Tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau
anak tidak sah taraf)
Oleh itu, mereka yang memenuhi kriteria di atas layak
untuk digelar ibu tunggal. Kepada mereka yang layak memohon dan telah membuat
permohonan, semakan status permohonan boleh dibuat secara atas talian.
CARA UNTUK MEMBUAT SEMAKAN
- Sila layari laman web https://bkit.jpw.gov.my/semakan_pemohon
- Isi No. IC pemohon
Permohonan yang telah dibuat adalah secara atas talian
(online) atau manual (muat turun boring permohonan).
Permohonan secara online
Permohonan secara Online adalah dengan mengisi borang online
di laman rasmi https://www.jpw.gov.my/permohonan-bantuan-ibu-tunggal/?lang=en
Permohonan secara manual
Permohon boleh mendapatkan BORANG PERMOHONAN BANTUAN
KHAS IBU TUNGGAL di laman https://www.jpw.gov.my/muat-turun/
dan sila ikuti arahan yang diberikan.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan:
Jabatan Pembangunan
Wanita,
Kementerian Pembangunan
Wanita,
Keluarga dan
Masyarakat,
Aras 23-25, No.55,
Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603-8000 8000
infojpw@jpw.gov.my