Datuk Seri Dr. Adham Baba selaku Menteri Kesihatan berkata,
pihaknya membentangkan kepada pihak kerajaan berkenaan kebenaran untuk rentas
negeri dan daerah boleh dibenarkan bergantung kepada enam petunjuk.
Enam petunjuk yang dimaksudkan termasuklah:
- Situasi kes harian
- Kes discaj
- Trend kadar harian
- Kadar kematian
- Keupayaan katil pihak swasta serta awam
- Situasi semasa petugas kesihatan yang dijangkiti
Dalam pembentangan tersebut, kebenaran untuk rentas negeri
dan daerah boleh dibenarkan bergantung kepada enam petunjuk ini sekiranya ia
menunjukkan rekod positif. Namun masih belum ada keputusan yang muktamad
daripada pihak kerajaan, ini hanyalah apa yang telah dibentangkan kepada pihak
kerajaan.
Dalam masa sama, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
juga sedang meneliti pandangan pakar kesihatan awam termasuk kebenaran merentas
minggu kedua Hari Raya Aidilfitri dan kerajaan akan tentukan bilakah masa
sesuai, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba beliau pada sidang
akhbar mengenai perkembangan Program Imunasi Covid-19 Kebangsaan bersama
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.
https://www.utusan.com.my/nasional/2021/03/rentas-negeri-bergantung-enam-petunjuk/
Sumber: Utusan