Program Subsidi Upah (PSU) 3.0 diteruskan dengan lanjutan selama tiga bulan


 

Program Subsidi Upah (PSU) 3.0 diteruskan dengan lanjutan selama tiga bulan lagi, membabitkan peruntukan RM700 juta.

 

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata PSU baharu itu akan menyasarkan sektor pelancongan, perdagangan borong dan runcit, serta perniagaan lain yang ditutup, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti pusat sukan, gimnasium dan spa.

 



"Inisiatif ini dijangka akan membantu 400,000 pekerja dan 37,000 majikan," katanya ketika mengumumkan pakej Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), hari ini.

 

Di bawah program PenjanaKerjaya, Muhyiddin berkata, kerajaan akan menyediakan peruntukan RM300 juta bagi memanfaatkan 60,000 lagi pekerja, iaitu setiap pekerja akan menerima RM600 sebulan selama tempoh maksimum enam bulan.

 

"Bagi majikan yang menawarkan pekerjaan jangka pendek ataupun platform penyedia perkhidmatan gig yang berdaftar dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), mereka akan menerima RM200 bagi setiap pekerja yang ditempatkan," katanya.

 

Sumber : bharian


No comments:

Theme images by Flashworks. Powered by Blogger.