
Program bantuan Kerajaan secara bersasar untuk membiayai bil
elektrik bulanan sehingga RM40 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) berstatus miskin
tegar sahaja yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih.
Mulai 2 Januari 2021, sistem eKasih akan menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 yang telah diumumkan oleh Kerajaan pada Julai 2020 dalam penentuan status kemiskinan terkini. Program Rebat Bil Elektrik RM40 hanya akan diberikan kepada KIR yang berpendapatan bulanan di bawah pendapatan purata nasional RM1,169.
Pengguna yang layak akan menerima bil elektrik percuma sehingga
RM40 setiap bulan.
Program diumumkan oleh Kerajaan dalam Ucapan Bajet 2019 pada
2 November 2018.
CIRI-CIRI YANG LAYAK MENERIMA REBAT BIL ELEKTRIK RM40
- Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah kategori miskin tegar yang tersenarai dan disahkan dalam Sistem eKasih.
- Pendapatan bagi miskin tegar adalah berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per isi rumah yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.
- Sehubungan itu, terdapat perubahan bagi purata pendapatan per isi rumah bagi data eKasih seperti berikut:
SYARAT-SYARAT PROGRAM REBAT BIL ELEKTRIK RM40
- Pengguna-pengguna elektrik yang layak menerima rebat ialah KIR miskin tegar yang disenaraikan dan disahkan dalam Sistem eKasih.
- Penerima yang layak akan menerima rebat RM40 sehingga 31 Disember 2021;
- Rebat bil elektrik akan diberikan sehingga RM40 sebulan sahaja. Sekiranya bil kurang daripada RM40, tiada baki akan dibawa ke bulan berikutnya dan jika bil melebihi RM40, penerima perlu membayar baki tersebut;
- Hanya satu akaun bil elektrik sahaja layak untuk menerima rebat bagi setiap KIR dalam kumpulan miskin tegar yang berdaftar dan disahkan dalam sistem eKasih;
- Rebat RM40 hanya terpakai kepada Tarif A (Domestik) sahaja;
- (Rebat RM40 termasuk semua jenis caj (contohnya penalty lewat bayar);
- Rebat RM40 tidak termasuk tunggakan bil pada 2019;
- Pengguna boleh memilih untuk menukar nombor akaun elektrik yang akan menerima rebat dari semasa ke semasa dengan merujuk terus kepada cawangan utiliti berdekatan untuk mengemas kini nombor akaun; dan
- Bil elektrik sehingga RM40 sebulan akan ditolak terus daripada akaun pengguna.
SEMAKAN KELAYAKAN
Individu yang memenuhi syarat kelayakan boleh membuat
semakan di Portal keTSA melalui pautan berikut:
https://semakanrebat.ketsa.gov.my/apps/public/index.php
Hanya pengguna di bawah kategori miskin tegar yang berdaftar
dan disahkan dalam Sistem eKasih akan menerima bantuan di bawah Program Rebat
Bil Elektrik RM40.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh
menghubungi talian hotline:
MyGCC : 03-8000 8000
Tenaga Nasional Berhad (TNB) : 1-300-88-5454
Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) : 088-515000 15454
Sarawak Energy Berhad (SEB) : 1-300-88-3111
Roslan bin mohamadjeman
ReplyDelete𝐀𝐬𝐬'𝐤𝐮𝐦 𝐭𝐮𝐚𝐧!.... 𝐒𝐲 𝐝𝐫 𝐣𝐥𝐧 𝐤𝐚𝐲𝐮 𝐤𝐞𝐥𝐚𝐭 1,𝐤𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐛𝐞𝐬𝐮𝐭, 𝐬𝐲 𝐧𝐤 𝐭𝐧𝐲𝐞 𝐛𝐫𝐤𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐮𝐤𝐚𝐫 𝐧𝐚𝐦𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐮𝐧 𝐛𝐢𝐥 𝐥𝐞𝐭𝐫𝐢𝐤,𝐬𝐲 𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐥 𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐫𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐩𝐮𝐬𝐚𝐤𝐚 𝐚𝐫𝐰𝐚𝐡 𝐢𝐛𝐮 𝐬𝐲 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐛𝐮𝐣𝐚𝐧𝐠, 𝐬𝐛 𝐧𝐤 𝐭𝐮𝐤𝐚𝐫 𝐧𝐚𝐦𝐚 𝐬𝐛 𝐧𝐤 𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧 𝐫𝐞𝐛𝐞𝐭 𝐫𝐦40 𝐭𝐮,𝐦𝐜𝐦 𝐦𝐚𝐧𝐞 𝐲𝐞 𝐭𝐮𝐚𝐧?
ReplyDelete𝐍𝐚𝐦𝐚: 𝐦𝐨𝐡𝐝 𝐳𝐚𝐢𝐧 𝐚𝐛𝐝𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡
𝐓𝐞𝐥: 010-7911972