PERDANA Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonom (PEMERKASA) yang disiarkan
secara langsung di stesen televisyen dan platform media sosial.
Dalam focus keempat program iaitu Memastikan Agenda Keterangkuman,
salah satu inisiatif kerajaan dalam program ini adalah prihatin belia dimana ia
memfokuskan kepada golongan anak muda di Malaysia. Dalam inisiatif ini, program
eBelia diperkenalkan.
Program eBelia
Kerajaan telah memperkenalkan program eBelia bagi
menggalakkan budaya transaksi tanpa tunai kepada golongan belia, khususnya
mereka yang berumur 18 hingga 20 tahun serta pelajar pendidikan tinggi sepenuh
masa. Sukacita diumumkan bahawa program tersebut akan ditambah baik dengan
meningkatkan nilai kredit daripada 100 kepada 150 ringgit yang akan
memanfaatkan 2 juta belia dengan jumlah peruntukan sebanyak 300 juta ringgit.
Program ini akan dilaksanakan mulai bulan Jun 2021.
Pada pembentangan Belanjawan 2021 akhir tahun lalu, Menteri
Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengumumkan Program eBelia yang
mana dalam program ini kerajaan akan memberikan kredit eWallet bernilai RM50, namun
kerajaan bersetujuh untuk menambah lagi jumlah kredit kepada RM100 sehinggalah
menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi PEMERKASA baru-baru
ini pihak kerajaan menambah lagi kredit eWallet kepada RM150 buat golongan ini.
Cara Membuat Penebusan Kredit
Pihak kerajaan masih lagi belum mengumumkan cara penebusan kredit menerusi program ini.
Bagaimanapun, penebusan kredit dapat tebus melalui aplikasi
e-Wallet berikut ;
- Grab Pay
- Boost
- Touch N Go eWallet
Dalam pembentangan PEMERKASA tersebut, telah dimaklumkan
juga oleh Perdana Menteri yang pelaksanaan Program eBelia tersebut akan dimulakan
pada Jun 2021.
Untuk info lanjut mengenai bantuan-bantuan dibawah PEMERKASA, anda boleh layari laman rasmi mof.gov.my
hello,camna nak dapat E-wallet? Sya b40.....
ReplyDeletehello,camna nak dapat E-wallet? Sya b40.....
ReplyDeletekalau x silap, ni utk belia yg belajar je ni...
Delete