Seramai 2.4 juta individu bakal menerima bantuan kehilangan
pendapatan dengan nilai peruntukan RM1.2 bilion mulai Jun ini.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan
berkenaan membabitkan dua kategori iaitu wang tunai RM500 secara one-off kepada
B40 yang hilang pendapatan, manakala bayaran tambahan RM500 untuk penerima
Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah.
"Kedua-dua kategori ini membabitkan penerima berusia 21
hingga 60 tahun dan tidak melalui proses pendaftaran permohonan.
"Pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang
akan dibuat melalui sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
"Insya-Allah, kedua-dua bantuan khas ini akan dibayar
mulai Jun 2021 ke akaun penerima masing-masing," katanya dalam perutusan
khas hari ini.
Iyeeelah tu.. Semakan guna sistem LHDN N KWSP la sangat.. Rakyat yg teda pendapatan pun masi ada lg dikategorikan golongan M40.. Update?? Update sangat la konon.. Dah update konon2 dgn harapan status M40~B40 tetapi satu huruf pun teda updatenya.. Ntah, canggih sgt sistem pihak2 berkaitan mengurus/menyimpan data2 hasil rakyat err..? Dah bertahun keja freelance, pastinya rekod pun dah stop uyk hasil bulanan/tahunan tp try apply bpn, masuk kategori M40 wooo.. Byk pula rasanya hasil pendapatan ntah rekod dr mn plak.. Takpe la, harap je la rezeki tu beri pd yg lebih perlu n dah bosan berharap terase bantuan gomen tu.. Tetapi rasa menyampah pula tgk muka2 dgn penuh bangga dan berulang2 dlm iklan tv tu, pakiaro nenekmu sistem korang!!! Nyesal pula rasanye update status aritue.. Pas update, habuk pun takdak..piiraaah..haprak.
ReplyDelete