
APA ITU MYSALAM?
mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan
kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada
individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam
melalui Tabung Amanah mySalam.
Kerajaan ingin menyediakan sebuah skim pelindungan kesihatan
sosial untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah
kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.
SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK MYSALAM
Skim perlindungan masyarakat mySalam adalah inisiatif
Kerajaan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma
kepada 8 juta individu rakyat Malaysia. Rujuk kelayakan anda di bawah :-
Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-
- Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
- Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
- Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
Kategori Bantuan Sarah Hidup (BSH)
- RM 8000 akan di bayar secara tunai apabila disahkkan atau didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal.
- Elaun RM 50 hospital akan di berikan secara tunai harian sehingga 14 hari ataupun maksimum di bayar RM 700 bagi setahun untuk seorang.
Senarai 45 penyakit kritikal boleh tekan link tersebut :
klik sini
Senarai Hospital : klik sini
Untuk semak kelayakan boleh klik link tersebut : SEMAK
CARA UNTUK MEMBUAT
TUNTUTAN
Tuntutan yang diluluskan akan dimaklumkan kepada penerima
manfaat melalui SMS dan maklumat tersebut akan juga dimuat naik ke portal
www.mysalam.com.my.
Pengendali takaful yang terlibat akan memproses bayaran
untuk semua tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan tunai secara terus ke
dalam akaun penerima manfaat seperti yang didaftarkan dengan skim Bantuan Sara
Hidup Rakyat.
Sebarang soalan mengenai MySalam anda boleh klik link
tersebut : Soalan Lazim Mengenai MySalam
Penerima Bantuan Sarah Hidup lama atau baru dinasihatkan
untuk mengemaskini maklumat BSH /BR1M dan melengkapkan waris yang dinamakan
dalam maklumat agar boleh membuat tuntutan sekiranya penerima Bantuan Sarah
Hidup meninggal dunia dalam tempoh yang ditetapkan.
Roslan bin mohamad jeman
ReplyDeleteB40
Bantuan smartphone
DeleteBantuan smartphone
ReplyDelete