
MyKad rosak? MyKad hilang? Jangan risau.. Sekarang ni semua
boleh buat online je melalui Sistem Gantian MyKad Online.
Ikuti channel Telegram rasmi
https://t.me/bantuankerajaan2021
Ini adalah perkongsian tentang cara menukar kad pengenalan
yang cipnya tidak boleh dibaca oleh sistem.
Kepada sesiapa yang ingin menggantikan kad pengenalan sedia
ada atas sebab cip rosak, kad rosak, menaiktaraf cip, dan IC hilang boleh lah
memohon secara online di Sistem Gantian MyKad Online oleh Jabatan Pendaftaran
Negara.
Berikut dikongsikan langkahnya satu per satu:
LAYARI PORTAL MYGOVERNMENT (GANTIAN MYKAD 2.0)
- Google sahaja dan taip PERMOHONAN GANTIAN MYKAD 2.0 atau boleh terus melayari sesawang mereka di link https://malaysia.gov.my/
BUAT PERMOHONAN GANTIAN IC HILANG / ROSAK
Senang saja, mula-mula daftar.
Kemudian login dan buat permohonan.
Isikan maklumat yang diperlukan dan buat bayaran online.
Kemudian print resit rasmi.
SEMAK STATUS
- Tunggu sehari atau lebih, kemudian follow up status permohonan dengan mengunakan khidmat mySMS.
- Taip – JPN MyKAD dan hantar ke 15888.
- Tunggu balasan untuk ketahui status permohonan sama ada ditolak, diterima atau sedia diambil.
AMBIL KAD PENGENALAN DI KAUNTER JPN
- Kalau sudah terima SMS ‘sedia diambil’, bawa ke JPN bersama resit dan kad pengenalan yang rosak.
- Cuma bila tukar kad pengenalan secara online, gambar tu masih guna yang sama sebab tiada ambil gambar baru. Itu sajalah.
Ini untuk cerita JPN Daerah Sandakan. Tetapi bagi JPN daerah
lain, boleh cuba call dulu pegawai di sana.
Kalau di JPN Putrajaya, orang awam tidak perlu lagi buat temujanji online jika kad pengenalan sudah siap dan sedia diambil.
Yang penting status permohonan tulis sedia diambil, print dan bawa resit terus ke sana.
Semoga membantu.
(Kredit: Asiam Damahom)
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut tentang cara daftar kelahiran online
JPN atau sistem perkhidmatan online yang lain, sila hubungi Jabatan Pendaftaran
Negara di saluran berikut:
- 03-8000 8000
- Facebook Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia
Senarai pejabat JPN yang beroperasi boleh disemak melalui
portal rasmi JPN di pautan https://www.jpn.gov.my/.
Sepanjang tempoh ini, JPN akan melaksanakan pematuhan SOP
yang ketat dengan hanya menerima Pelanggan yang telah mempunyai janji temu
Sahaja.
Permohonan janji temu boleh dilakukan di
https://mytemujanji.jpn.gov.my/.
Sekiranya terdapat gangguan pada sistem janji temu, pemohon
boleh hantarkan emel kepada myjanjitemu@jpn.gov.my.