CARA SEMAK PEMBAYARAN PEMINDAHAN AMAUN I-SINAR YANG DIBUAT PADA 8 MAC 2021



 

Jumlah pengeluaran i-Sinar boleh diubah mulai 8 Mac. KWSP (Kumpulan Simpanan Wang Pekerja) melalui sistem pengeluaran baru i-Sinar, anda kini boleh keluarkan i-Sinar tanpa syarat dan boleh ubah jumlah pengeluaran mulai 8 Mac ini.

 

Sebelum ini, ramai ahli yang mengadu telah membuat kesilapan semasa ingin menetapkan jumlah pengeluaran.

 

 

 

 

Jumlah Pengeluaran i-Sinar Boleh Diubah

 

Disebabkan hal itu, KWSP akhirnya telah memberikan kelonggaran dan ahli kini boleh buat perubahan maklumat amaun.

 

 

 

Nota Penting

  1. Pindaan bagi amaun pengeluaran hanya boleh dilakukan SEKALI sahaja.
  2. Bagi tujuan keselamatan, semua maklumat permohonan Pengeluaran i-Sinar terdahulu tidak akan dipaparkan.
  3. Sila pastikan anda mempunyai maklumat permohonan Pengeluaran i-Sinar terdahulu sebagai rujukan bagi melancarkan proses kemas kini maklumat.
  4. Anda boleh mengemas kini nombor telefon bimbit dan maklumat berkaitan bayaran seperti Butiran Akaun Bank, Amaun Pengeluaran dan Kaedah Bayaran (sekiranya perlu).
  5. Jika anda memilih untuk mengemas kini Butiran Akaun Bank, sila pastikan akaun tersebut:

 

  • Adalah Milik Pemohon dan Masih AKTIF
  • Bukan Akaun Bank Bersama (joint account)
  • Bukan Akaun Bank Atas Nama Syarikat

 

 

 

 

 

 

Menurut KWSP, kelonggaran juga diberi bagi mereka yang ingin merubah perkara seperti berikut :

 

  1. Jumlah Pengeluaran
  2. Maklumat akaun bank
  3. Alamat
  4. Nombor telefon
  5. Mod Pembayaran i-Sinar
  6. Perubahan boleh dilakukan melalui portal rasmi i-Sinar.

 

 

 

BERIKUT ADALAH CARA BUAT SEMAKAN PENGELUARAN I-SINAR PENAMBAHAN :-

 

 

  1. Pergi ke portal i-Sinar KWSP iaitu https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Masukan Mykad dan Password anda.
  3. Klik WITHDRAWAL.
  4. Pilih WITHDRAWAL HISTORY
  5. Pilih i-Sinar.
  6. Maklumat berkenaan Tarikh pembayaran akan dinyatakan

No comments:

Theme images by Flashworks. Powered by Blogger.