Kerajaan akan memulakan Program Imunisasi COVID-19
Kebangsaan mulai hujung bulan ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yasin.
Perdana Menteri berkata, kerajaan menyasarkan sebanyak 80
peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu akan menerima vaksin yang
akan diberikan secara percuma, membabitkan tiga fasa.
FASA PERTAMA
Akan membabitkan sejumlah 500,000 petugas barisan hadapan
yang terdiri daripada petugas kesihatan dan petugas bukan kesihatan, dengan
program imunisasi dijadualkan tamat pada April.
FASA KEDUA
Membabitkan kumpulan berisiko tinggi dijangkiti COVID-19.
Mereka ialah warga emas dan golongan rentan berusia 60 tahun ke atas, yang
mengalami masalah morbiditi seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan
tekanan darah tinggi.
"Golongan orang kelainan upaya (OKU) turut termasuk di
dalam fasa ini. Sebanyak 9.4 juta orang dianggarkan akan menerima vaksin di
bawah fasa kedua ini, yang akan berlangsung mulai April hingga Ogos 2021,"
katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri, hari ini.
FASA KETIGA
membabitkan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas, yang
akan bermula Mei hingga Februari tahun depan, dengan fasa ini bertujuan
membentuk perlindungan kelompok, seterusnya mengawal pandemik secara
menyeluruh.