JOM KENALI LAMAN WEB MAYBANK2U YANG PALSU AGAR KITA TIDAK TERTIPU

 

Rasanya semua sedia maklum mengenai muka baru Maybank2u yang dikeluarkan baru-baru ini. Nampaknya itu semua tak berjaya mengelakkan dari page tersebut terus ditiru bulat-bulat dan terus menjerat bagi sesiapa yang login melalui fake website tersebut.

 

 


 


 

 

 

 

  1. Jika anda menerima email seperti gambar di bawah ini, pertama, INGAT, yang Maybank tidak akan menghantar apa-apa kepada pelanggannya untuk mengumumkan sesuatu atau mengarahkan pelanggannya untuk login melalui link yang dikirimkan melalui email. Paling busuk diorang akan call korang sendiri.
  2. lihat nama pengirim. Terang-terang bukan dari maybank2u.com.my ..apapun mereka masih menggunakan email yang lebih kurang bagi mengelirukan pengguna.
  3. jangan lihat link seperti yang diletakkan di email tersebut. Link sememangnya betul dari Maybank2u, tetapi itu adalah bertujuan untuk mengelirukan pengguna di mana apabila di klik, link tersebut ditujukan kepada laman Maybank2u yang palsu.
  4. web sebenar maybank2u ada certificate yg tersendiri dan url'nya adalah bermula dengan maybank2u.com.my. rujuk contoh dibawah

 

 

 

 

 

 

Walaupun ramai sedia sedar mengenai perkara ini, masih ada yang menjadi mangsa penipuan setiap hari seperti yang dilaporkan akhbar baru-baru ini. Mereka yang tertipu selalunya adalah pengguna-pengguna internet yang baru. Kadang-kala mungkin akan terkena pada kita sendiri juga


No comments:

Theme images by Flashworks. Powered by Blogger.