
Ya Allah menangis saya hari ini gembira. Seramai 157 orang
mengucap syahadah. Satu kampung memeluk Islam petang ini. Semuanya dengan rela
tanpa paksaan memeluk Islam. Dari suku Bajau Laut atau gipsi laut.. Pulau
Tatagan Semporna. Mereka tinggal dalam bot atau pondok kecil atas laut.
Saya ke sana untuk beri bantuan. Dengar mereka susah dan
putus bekalan makanan. Mereka susah sangat. Bajau laut kumpulan manusia tanpa
negara. Tengok anak kecil terus menangis. Berebut-rebut datang dekat saya.
Mereka beri nama anak selepas setahun kerana risiko kematian tinggi untuk anak
bawah setahun.
Tiba-tiba ramai tanya saya siapa tuhan. Tuhan tu apa. Saya
terus sebak. Saya dengan penterjemah tanya pernah tak sesiapa terangkan tentang
agama. Mereka jawab tiada. Kami tak tahu. Tolong bagitahu kami. Saya terus
sebak. Saya kumpulkan semua dikeliling bot tadi.
Mereka semua terus percaya. Saya ajar mereka syahadah.
Inilah hari paling sedih gembira dalam hidup saya. Terima kasih Allah.
Saya akan terus bantu makanan untuk seluruh kampung atas
laut ini. Saya tengah urus untuk bina sekolah. Tengah cari guru ustaz untuk
mengajar mereka.
Ya Allah bantulah mudahkanlah diriku untuk pastikan
anak-anak ini menjadi manusia berguna.