
Sejumlah RM155 juta bayaran rayuan Geran Khas Prihatin (GKP
2.0) akan disalurkan kepada 52,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro
melalui akaun bank yang didaftarkan pada 5 Februari, kata Menteri Kewangan
Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata semakan status
kelulusan boleh dibuat mulai esok melalui portal https://gkp.hasil.gov.my.
Bagi memastikan PKS mikro benar-benar layak menerima bantuan
ini dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, katanya setiap permohonan
rayuan yang diterima Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah disemak
silang atau diverifikasi dengan data agensi kerajaan yang berkaitan termasuk di
peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM).
Tempoh permohonan Rayuan GKP 2.0 telah dibuka antara 7 dan
21 Dis 2020.
Mengambil kira GKP 1.0 dan GKP 2.0 termasuk rayuan yang
diluluskan, jumlah keseluruhan penerima adalah hampir 900,000 PKS mikro dengan
jumlah bantuan kewangan sebanyak RM2.7 bilion.
Di bawah GKP 1.0 dan 2.0, lebih 850,000 PKS mikro di seluruh
negara telah menerima manfaatnya dengan keseluruhan bantuan berjumlah RM2.55
bilion.
Di bawah pakej rangsangan ekonomi KITA PRIHATIN, kerajaan
telah membuka semula permohonan untuk GKP 2.0 yang merupakan bantuan kewangan
secara one-off berjumlah RM3,000 kepada PKS mikro yang berkelayakan dan tidak
pernah menerima GKP sebelum ini.
GKP 2.0 dilaksanakan untuk meringankan beban kewangan
peniaga ekoran penularan pandemik COVID-19 dan bagi meningkatkan produktiviti
pengeluaran dan perkhidmatan demi kelangsungan mereka.
Sumber : astroawani
Pmohanan br x dibuka lg ke
ReplyDelete