
Pembayaran Fasa 1 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
dipercepatkan dari Mei depan kepada penghujung Februari ini, kata Menteri
Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Pembayaran membabitkan peruntukan RM1.93 bilion itu akan
dibuat secara berperingkat mulai Rabu ini bagi membantu kelangsungan hidup
rakyat, terutamanya golongan mudah terjejas dan pekerja yang bergantung kepada
upah harian.
Tengku Zafrul berkata, kerajaan sentiasa komited bagi
memastikan bantuan diperuntukkan sampai kepada mereka yang disasarkan bagi
menjamin kesejahteraan rakyat.
PERMOHONAN BAHARU
Terdapat beberapa kategori yang perlu membuat permohonan
baharu bagi mendapatkan BPR 2021 iaitu
- Pemohon yang tidak pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 ATAU,
- Pemohon yang tidak pernah menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) B40 ATAU,
- Isi rumah dengan pendapatan RM5,000 ke bawah sebulan
- Golongan mudah terjejas (newly vulnerable groups) yang layak memohon akibat perubahan status pendapatan mereka ekoran krisis Covid-19
SYARAT KELAYAKAN BPR 2021
Terdapat beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan
untuk BPR 2021 bagi kategori isi rumah dan bujang.
Bagi kategori isi rumah, syarat kelayakan yang ditetapkan
adalah seperti berikut ;
Pemohon
- Mestilah warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja
- Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga yang tinggal serumah dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
Pasangan
- Pasangan mestilah warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR/MyKAS)
- Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR/MyKAS).
Anak
- Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja DAN,
- Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad/MyKid) sahaja DAN
- Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan; dan had umur:17 tahun dan ke bawah ATAU
- 18 tahun dan ke atas bagi pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Awam/Swasta.
Bagi kategori bujang pula, syarat kelayakan adalah seperti
berikut ;
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja.
- Jumlah pendapatan kasar bulanan pemohoon adalah RM2,500 dan ke bawah.
- Pemohon terdiri daripada lelaki atau wanita yang berumur – 21 tahun hingga 59 tahun ATAU 18 tahun sehingga 59 tahun bagi kategori OKU.
CARA PERMOHONAN BAHARU
Terdapat 3 cara permohonan baharu BPR 2021 boleh dibuat
iaitu ;
- Membuat permohonan secara dalam talian melalui bpr.hasil.gov.my
- Muat turun dan mencetak Borang Permohonan melalui bpr.hasil.gov.my
- Boleh hadir terus ke cawangan LHDN, Pusat Khidmat Hasil ATAU Pusat Transformasi Bandar (UTC)dan kemukakan bersama borang Permohonan BPR anda
CARA SEMAKAN PERMOHONAN
Manakala, berikut merupakan langkah-langkah untuk membuat
Semakan permohonan pula ;
- Layari laman web bpr.hasil.gov.my
- Klik dibahagian Log Masuk
- Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Semak.’
- Masukkan kata laluan dan klik butang ‘Log Masuk.’
- Klik bahagian “Semakan Status”.
- Klik bahagian “Maklumat bayaran”.
Tarikh Pembayaran
Bayaran Fasa pertama akan diterima oleh pemohon pada
penghujung bulan Februari 2021 secara berperingkat.
Kategori Isi Rumah = RM300
Katagori Individu Bujang = RM150
Bagi bayaran fasa kedua BPR 2021 pula dijangka akan dibuat
pada awal bulan Mei 2021.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut anda bolehlah
menghubungi pihak LHDN ATAU layari portal rasmi BPR 2021 di www.hasil.gov.my