YTL Foundation ~ Permohonan Bantuan Smartphone Percuma Untuk Keluarga B40


 

Ketika wabak pandemik Covid-19 di Malaysia masih lagi belum menunjukkan tanda untuk berakhir, kerajaan mengekalkan kaedah pembelajaran secara ODL (Open & Distance Learning) kepada majoriti pelajar di seluruh negara.

 

Namun, tidak semua pelajar berkemampuan untuk mengakses pembelajaran atas talian ini. Selain tidak memiliki gajet dan peralatan yang baik, had capaian internet juga menjadi penghalang segelintir pelajar di negara ini. Bukankah ini merupakan masalah serius yang perlu dititikberatkan?

 

Oleh itu, YTL Foundation telah membuka permohonan kepada semua golongan keluarga B40 untuk mendapatkan Telefon secara percuma untuk anak-anak mereka. Bukan itu sahaja, YTL Foundation juga menyediakan kepada anak-anak anda iaitu data bernilai 120 GB (10GB / bulan selama 12 bulan) kepada pelajar. www.infomalaysiakini.com memberikan maklumat kepada anda cara untuk membuat Permohonan yang telah dinyatakan.


Ikuti channel Telegram rasmi https://t.me/bantuankerajaan2021


Pastikan anda mengikut maklumat yang kami berikan.

 

 

 

 

SYARAT PERMOHONAN

 

Sebelum anda memulakan, pastikan pelajar tersebut berasal dari keluarga B40:

 

  1. Dapatkan persetujuan ibu bapa pelajar yang anda pilih dan kumpulkan maklumat berikut:
  2. Nombor MyKid / MyKad Pelajar
  3. Nombor MyKad ibu bapa
  4. Status ibu bapa B40 dari portal Bantuan Kerajaan Prihatin Nasional (BPN)
  5. Untuk mendapatkan status B40 ibu bapa pergi ke https://bpn.hasil.gov.my/, masukkan nombor MyKad Ibu Bapa, kemudian klik ‘Semak’
  6. Pastikan pelajar berasal dari keluarga B40 dengan memeriksa bahawa status Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ibu bapa adalah LULUS dan jumlah yang dinyatakan adalah RM1,600. Ambil tangkapan skrin sebagai bukti. (Lihat contoh di bawah)

 

 

 

CARA PERMOHONAN

 

CARA MEMBUAT PERMOHONAN TELEFON PERCUMA

 

Berikut adalah cara untuk membuat Permohonan Telefon Percuma, klik pautan dibawah untuk permohonan.

 

 



 

 

Klik link : https://appform.prod.frogdev.asia/

Masukkan maklumat yang diminta

Upload gambar seperti dibawah


 

 

Hantar


SEMAKAN PERMOHANAN

Semakan status telefon pintar B40 - https://lcs.yes.my.


3 comments:

  1. Dah memohon tp tak lulus kita ni miskin mungkin mau org kaya kali br lulus

    ReplyDelete
  2. Dah dekat 1 tahun dalam Proses pertimbangan tak tahu lagi bila boleh lulus tahun ini ke atau tahun depan

    ReplyDelete
  3. Saya memerlukan telefon ini untuk anak saya belajar dari rumah

    ReplyDelete

Theme images by Flashworks. Powered by Blogger.