[VIDEO] Kawasan Parkir Berhampiran Taman Negara Gunung Kinabalu Runtuh

Kawasan parkir berhampiran Taman Negara Gunung Kinabalu,
Kundasang, di sini, ditutup sebaik tanah runtuh berlaku, awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 1 pagi itu, tiada orang awam dilaporkan
cedera serta tidak menyebabkan laluan utama Jalan Ranau-Tamparuli terjejas.
Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Ranau, Mac Glen
Frederick Lojuman berkata, pihaknya menerima aduan jam 7.15 pagi dan segera
menjalankan pemantauan dengan kerjasama syarikat konsesi serta Polis Diraja
Malaysia (PDRM).
Kawasan parkir Taman Negara Gunung Kinabalu yang runtuh
kira-kira jam 1 pagi, hari ini.
“Ia berlaku di hadapan simpang pusat pelancongan dan tidak
menjejaskan laluan kedua-dua arah menghala Kota Kinabalu.
“Runtuhan dipercayai akibat hujan berterusan beberapa hari
dan kita sudah melaksanakan penutupan kawasan untuk tindakan lanjut,” katanya
dihubungi.
Sumber : sabahpost
No comments: