Ustaz Ebit Lew ~ Wifi Internet, Tab, dan Basikal untuk pelajar di Kg Bangingod Felda Sahabat Lahad Datu

 

Gembira campur sebak rasa tadi pasangkan wifi internet untuk umum di Kg Bangingod, hadiahkan Tab dan basikal untuk 10 pelajar terpilih yang benar-benar susah.

 

Pagi tadi ke kg bangingod Felda Sahabat Lahad Datu. Tak sangka dapat lihat rumah yang kecil sangat. Nak internet kena pergi tepi pantai dan atas titi. Kawasan ini ramai yang susah.

 

 

Cikgu Yandy dan guru besar sk bangingod Tungku sendiri dapatkan nama yang memerlukan. Cikgu kata cikgu siap hantar kerja sekolah ke rumah pelajar. Nak pastikan semua belajar.

 

Saya dapatkan internet dengan pasang disebuah kedai. Kami akan bayar bulan-bulan untuk kegunaan anak disini dan yang memerlukan. Disebelah kedai sebelum jambatan.

 

Tengok muka anak ini gembira, saya lagi rasa gembira sangat. Belajar rajin-rajin yer adik semua. Terima kasih cikgu dan semua.

 

Gembira campur sebak rasa tadi pasangkan wifi internet untuk umum di Kg Bangingod, hadiahkan Tab dan basikal untuk 10...

Posted by Ebit Lew on Friday, 29 January 2021
 

 

Sumber : Page Ebit Lew


No comments:

Theme images by Flashworks. Powered by Blogger.