TARIKH PEMBAYARAN FASA KEDUA BANTUAN PRIHATIN NASIONAL 2.0 (BPN 2.0)

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
berkata Pembayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) akan
dilaksanakan bermula 21 Januari ini.
Menurut beliau, bayaran BPN fasa kedua dipercepatkan ekoran
pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta PKP Bersyarat (PKPB)
dan PKP Pemulihan (PKPP).
Bagi penerima kategori B40, bayaran akan dikreditkan ke
dalam akaun bank bermula 21 Januari ini makala kategori M40 pula bermula 25
Januari 2021.
Fasa kedua melibatkan 11.06 juta penerima merangkumi 10.6
juta penerima BPN sedia ada dan 460,000 penerima baharu dengan jumlah bayaran
keseluruhan RM2.38 bilion.
Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank pula,
pembayaran akan dibuat mulai 25 Januari 2021 di cawangan Bank Simpanan Nasional
(BSN). BSN akan mengeluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa.
Penerima di Sabah dan Sarawak tanpa akaun bank pula,
pembayaran akan bermula awal Februari sehingga 1 April 2021 di lokasi yang bakal
diumumkan akhir bulan ini," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Tambah beliau, semakan kelulusan boleh dibuat mulai 15
Januari 2021 di https://bpn.hasil.gov.my.
No comments: