Seramai 58 pelajar tingkatan lima dan enam di Sabah didapati positif COVID-19

Seramai 58 pelajar tingkatan lima dan enam di Sabah yang
disaring sebelum kembali ke asrama, didapati positif COVID-19 sehingga semalam.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi
Manjun, berkata jumlah paling ramai dikesan ialah di Sandakan dengan 10
pelajar, diikuti Lahad Datu dan Semporna, masing-masing tujuh pelajar.
"Enam pelajar dikesan positif COVID-19 di Tawau, masing-masing
empat kes di Kalabakan, Kota Marudu dan Kudat, tiga kes di Kinabatangan dan
Ranau serta dua kes di Telupid dan Tongod.
"Daerah Beaufort, Keningau, Kota Belud, Kunak, Papar
dan Pitas pula masing-masing merekodkan satu kes positif ke asrama," katanya
pada sidang media perkembangan COVID-19, malam ini.
Sementara itu, mengenai kes COVID-19 membabitkan guru dan
pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tulid, Keningau, Masidi yang juga
jurucakap COVID-19 Sabah, berkata hanya seorang guru dan pelajar didapati
positif setakat hari ini.
"Kedua-dua mereka sedang menerima rawatan di Pusat
Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Keningau.
"Susulan itu, seramai 64 orang dikenal pasti sebagai
kontak rapat dan mereka semua dikuarantin di Institut Pendidikan Guru (IPG)
Keningau.
"Hasil siasatan awal menunjukkan kebarangkalian
jangkitan adalah daripada komuniti dan bukan jangkitan di sekolah,"
katanya.
Beliau berkata, sejurus mengesan kes di sekolah itu, Pejabat
Kesihatan Keningau mengambil tindakan segera mengenal pasti semua kontak rapat
dan mengasingkan mereka daripada guru dan pelajar lain.
Sumber : bharian
No comments: