PSU 3.0 ~ Permohonan Program Subsidi Upah & Semakan Status

 

Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri iaitu Muhyididn Yassin berkenaan Program Subsidi Upah PSU 3.0 akan di teruskan pada tahun ini.

 

Penambahbaikan telah dibuat iaitu semua sektor boleh membuat permohonan berkenaan pemberian subsidi upah sebanyak RM600 bagi setiap pekerja yang berpendapatan di bawah RM4000.

 

Jika sebelum ini, hanya sektor yang dinyatakan sahaja layak membuat permohonan PSU, namun disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan PKP 2.0, syarat ini telah dilonggarkan.

 

 

PENJELASAN BERKENAAN PSU 3.0

Ikuti channel Telegram rasmi https://t.me/bantuankerajaan2021

  1. semua majikan yang beroperasi dalam PKP layak untuk memohon, tanpa mengambil kira sektor.
  2. Untuk tempoh satu bulan, majikan yang layak akan menerima subsidi upah berjumlah 600 ringgit bagi setiap pekerja mereka yang bergaji kurang dari 4,000 ringgit.
  3. had 200 pekerja bagi setiap permohonan akan ditingkatkan kepada 500 pekerja.
  4. Inisiatif ini melibatkan peruntukan tambahan sebanyak 1 bilion ringgit yang dianggar akan memanfaatkan 250 ribu majikan yang menggaji lebih daripada 2.6 juta pekerja.

 

 

SYARAT PERMOHONAN PSU 3.0

  1. Pekerja tempatan yang berpendapatan RM4,000 dan ke bawah
  2. Kadar penurunan sebanyak 30% atau lebih jumlah jualan atau pendapatan bulanan tahun 2020 / 2021 berbanding dengan bulan yang sama pada tahun 2019 sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
  3. Majikan dan pekerjanya hendaklah berdaftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2021.
  4. Majikan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM - Companies Commission of Malaysia) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum 1 Januari 2021.
  5. Bagi majikan yang menerima bantuan ini, mereka disyaratkan untuk mengekalkan semua pekerja mereka yang bergaji RM4,000 dan ke bawah. Majikan dibenarkan untuk mengurangkan waktu bekerja ataupun pengurangan gaji selepas berunding dengan pekerja.

 

 

 

PERMOHONAN PSU 3.0

 

Permohonan boleh dibuat dengan melayari pautan dibawa

 

Anda dikehendaki melengkapkan butiran majikan,pengisytiharan penurunan hasil, lampiran dokumen bukti, dan deklarasi majikan. borang permohonan PSU 3.0


 

 

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN PSU 3.0

Klik di sini : SEMAKAN PERMOHONAN PSU 3.0

untuk membuat semakan keputusan. Masukkan nombor rujukan dan email yang digunakan semasa membuat permohonan.


1 comment:

Theme images by Flashworks. Powered by Blogger.